Saturday, June 22, 2013

Lapor Langsung H/Black 505... Undur SPR! Undur SPR!!

KEMASKINI

KL: Himpunan aman Black 505 di Padang Merbok akan bermula jam 2.00 petang ini. Beberapa lokasi telah ditetapkan oleh penganjur untuk berkumpul sebelum begerak ke Padang Merbok. Ianya termasuk Masjid Negara, pusat membeli belah Sogo, Pejabat Agung PAS, Brickfields, Universiti Malaya serta Jalan Pekeliling.

Sejak awal pagi tadi orang ramai sudah mula memasuki ibu negara untuk menyertai himpunan ini bagi membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan Paya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Rata-rata pimpinan utama Pakatan Rakyat menyatakan komitmen untuk bersama dalam himpunan ini.

Antara tuntutan utama himpunan hari ini adalah mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan berikutan banyak kepincangan sewaktu mengendalikan PRU13 lalu. Sehingga jam 4.30 petang tadi, peserta dianggarkan seramai 55,000 orang.

Undur SPR! Undur SPR!!




[LAPORAN LANGSUNG]

5.45pm: Penganjur mengumumkan himpunan aman Black 505 secara rasminya tamat. Bagaimanapun mereka turut memaklumkan terdapat anak muda yang akan berkhemah di Padang Merbok sehingga tuntutan agar SPR meletak jawatan ditunaikan.

5.25pm: Anwar Ibrahim mula berucap. Memulakan ucapan dengan laungan "undur SPR".

Anwar turut menafikan pemergian beliau ke Indonesia untuk berjumpa Najib seperti didakwa pihak tertentu, namun katanya tujuan beliau ke sana adalah atas undangan presiden negara republik itu.

"Saya pergi atas undangan presiden Indonesia, bukan pergi berjumpa Datuk Najib. Presiden Indonesia undang saya tanya mengapa bantahan kuat pada pru13 lalu.

"Saya beri penjelasan bahawa penipuan paling besar berlaku pada PRU13 lalu (dengan) kecurangan SPR mempertahankan penguasa Umno BN," katanya sambil menambah pertemuan tersebut berlangsung hampir sejam setengah.

Mengulas himpunan hari ini, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat yang hadir pada hari ini.

Katanya tuntutan rakyat jelas iaitu mahu pemimpin SPR berundur.

Walau bagaimanapun katanya, tuntutan kepada SPR itu akan dibuat secara aman seperti himpunan hari ini.

"Apapun tindakan boleh kita buat, tapi kita pastikan ikut jalur yang aman, lakukan perubahan cara aman," katanya.

Beliau juga menegaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot angkat sumpah di Dewan Rakyat seperti dilaporkan pihak tertentu.

Katanya, kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir malah keberadaan mereka di Dewan Rakyat adalah medan untuk terus menuntut pilihan raya agar dibersihkan.

Katanya, Pakatan Rakyat akan terus melawan penipuan pilihan raya sama ada di dalam ataupun di luar dewan.

5.20pm: Penasihat DAP Kit Siang pula dalam ucapannya berkata, himpunan hari ini bukan himpunan mana-mana bangsa, tetapi ini himpunan rakyat Malaysia.

"Inilah the real picture rakyat Malaysia," katanya.

Ini kerana semua kaum dan berbeza agama boleh duduk bersama kerana memperjuangkan perkara sama iaitu menuntut keadilan pilihan raya.

5.05pm: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula mengambil giliran. Beliau menyatakan komitmen, sekalipun tewas pada pilihan raya lalu, namun beliau tetap akan bersama rakyat untuk berjuang menegakkan keadilan dalam negara.

"Ada orang Tionghua kata, saya dah kalah boleh pergi main filem di Homg Kong sebab muka kacak macam Jackie Chan. Tapi itu bukan pilihan saya.

"Saya tetap bersama anda semua. Saya berjanji dengan rakyat kita akan teruskan perjuangan ini. Ini perjuangan kita bersama saya tak kan berundur selagi BN tidak berundur, kita akan lawan mereka," katanya.

4.55pm: Penganjur mengumumkan beberapa khemah yang didirikan oleh sekumpulan pemuda di kawasan luar himpunan di rampas dan beberapa orang dari mereka ditahan. Namun ianya belum dapat disahkan.

Menurut Chegu Bard, kumpulan tersebut akan mendirikan khemah di tengah-tengah himpunan.

4.50pm: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap. Beliau berkata beliau telah selesai membuat post mortem PRU14 dimana Pakatan 'kalah lagi' pada PRU14.

"Saya dah selesai PRU14 di mana Pakatan kalah pada PRU14," katanya membuatkan hadirin terkedu seketika.

"Jikalau himpunan hari ini, sidang parlimen tak lama lagi, tidak merubah peranan SPR, maka setiap kali pilihan raya, kita hanya buat post mortem kenapa PR kalah," katnya memberi penjelasan.

Menurutnya, himpunan hari ini kerana rakyat mahukan pilihan raya yang adil.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat pengerusi dan kakitangan SPR yang sudah diragui integriti mereka.

4.45pm: Aktivis Mahasiswa Safwan Anang turut berucap. Beliau menamakan SPR sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat.

Katanya, kehadiran hari ini penuh dengan kecintaan kepada negara. Mendesak SPR sedia ada meletakkan jawatan demi masa Malaysia yang lebih baik.

4.30pm: Penganjur melalui pengerusi majlis, Johari Abdul sekali lagi mengumumkan kehadiran terkini yang sudah mencecah 55,000 orang.

4.25pm: Datuk Mujahid Yusof sekali lagi mengulangi tuntutan 3P iaitu petisyen, persempadan semula tidak dilakukan selagi SPR tidak ditukar, dan perhimpunan aman oleh rakyat.

Katanya dengan tindakan BN yang turut mengemukakan petisyen, ianya menjelaskan bahawa BN juga tak percaya kepada SPR.

4.22pm: Nurul Izah turut mengeluarkan desakan sama agar semua kepimpinan SPR meletak jawatan.

Katanya, perhimpunan hari ini bukan sekadar politik semata-mata tetapi memperjuangkan masa depan lebih baik.

"Keberanian anda mengubah masa depan kita. Kita adalah patriot sebenar, berjuang membina masa depan lebih baik," katanya

4.20pm: Penganjur mengumumkan ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah.

Pengumuman itu disambut sorakan oleh puluhan ribu peserta yang hadir.

4.18pm: Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr Hatta Ramli berkata, rakyat tidak boleh memafkan segala penipuan yang dibuat oleh SPR.

"Tiada maaf bagimu. Tan Sri Aziz mesti letak jawatan.

"Sudah ada bayang-bayang bahawa himpunan Black 505 sebelum ini mendatangkan kesan.

"Bunyi-bunyinya pengerusi SPR akan ditukar. Namun hari ini memuktamadkan bahawa pengerusi SPR memang perlu ditukar," katanya.

4.15pm: Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS dilapor berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang.

Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Penganjur turut mengesahkan turut menerima laporan itu.

4.10pm: Pengerusi Jihad For Justice Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berucap. Beliau menarik perhatian peserta dengan dua buah lagu tamil yang bertajuk "Umno curi", dan "Rosmah buka pintu".

4.00pm: Sekarang, wakil-wakil NGO mula berucap. Pada masa yang sama penganjur mengumumkan kutipan dana untuk petisyen PRU13.

3.55pm: Peserta tersentak apabila Nizar secara tiba-tiba mengumumkan kehadiran 'YAB' Rosmah Mansor. Ketika itu adalah kehadiran Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isteri Normah Alwi.

Pengumuman itu sekaligus menyeyapkan seketika suasana bising sebelum itu.
3.55pm: Peserta tersentak apabila Nizar secara tiba-tiba mengumumkan kehadiran 'YAB' Rosmah Mansor. Ketika itu adalah kehadiran Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isteri Normah Alwi.

Pengumuman itu sekaligus menyeyapkan seketika suasana bising sebelum itu.

3.50pm: Bekas MB Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin turut berucap. Beliau menceritakan berhubung lapan petisyen yang dikemukakan PAS Perak.

Katanya terdapat bukti dalam satu Dun terdapat 10 orang yang ada sijil kematian, tetapi direkodkan 'bangun' mengundi pada 5 Mei lalu.

"Ada juga kes dalam satu Dun di mana 74 pengundi yang ada dalam projek IC Sabah mengundi ke Perak pada 5 Mei lalu.

"Ada juga bukti borang 14 yang diwarta SPR tidak sama dengan borang 14 yang diberikan kepada polling agent," katanya.

3.40pm: Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa berucap. Katanya, keberanian rakyat turun hari ini kerana sedar hak berhimpun secara aman termaktub dalam perlembagaan dan tiada pihak boleh menghalang hak tersebut.

Beliau juga berkata, himpunan ini juga kerana mahu mengusi 'penipu' dalam SPR.

Penipuan tersebut termasuk janji dakwat kekal yang tidak kekal.

"Kita datang petang ini ada tuntutan yang jelas. Kita ada penipu dalam SPR. Penipu utama pengerusi SPR, penipu lagi besar adalah timbalan pengerusi SPR
"Mereka beli dakwat kekal yang tidak kekal. Apa kita boleh anggap kepada mereka ini? Penipu...
"Apa kita nak buat kepada mereka ini? Kita Desak mereka letak jawatan...," katanya.

3.27pm: Mazlan Aliman dalam ucapannya pula berkata, bantahan rakyat akan dibuat secara berterusan selagi mana pimpinan SPR tidak diubah.

"Meskipun BN mendabik dada mendapat mandat rakyat tetapi hakikatnya mandat mereka adalah tipu dan palsu
"Penegasan kita selagi mana SPR tidak diubah kita lawan tetap lawan, lawan sampai menang," katanya.

3.25pm: Giliran Nik Nazmi berucap. Beliau memulakan ucapan dengan merakam ucapan terima kasih kepada peserta yang hadir. Ucapan sama ditujukan kepada pasukan keselamatan yang memberi kerjasama baik kepada penganjuran himpunan hari ini.

"Pasukan keselamatan tidak menghalang kita, yang mahu halang kita adalah menteri Umno BN," katanya.

3.20pm: Wakil NGO Royalti dijemput berucap. Presiden R, Nazri Deraman mengulas hak pembayaran royalti yang dinafikan oleh kerajaan Pusat.

Katanya hak mendapat royalti juga telah dinafikan apabila berlaku penipuan pada pengundian PRU13 lalu.

3.15pm: Johari Abdul mengumumkan jumlah kehadiran di Padang Merbok setakat ini mencecah 30,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum.

Masih ramai lagi kumpulan yang sedang menuju ke sini.

3.10pm: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di pentas utama antaranya Ustaz Idris Ahmad, Nasrudin Hassan, Nik Abduh, Salahudin Ayub, Nurul Izzah, Siti Zailah, Datuk Raja Kamarul Bahrin serta selebriti Abby Abadi.

3.00pm: Khalid Samad mula berucap. Ucap terima kasih kepada rakyat yang berani hadir walaupun diugut dengan kenyataan-kenyataan bersifat provokasi untuk menakutkan rakyat.

"Tapi hari ini kita buktikan kita masuk ke sini dengan aman," katanya.

Dulu katanya, rakyat disembur dengan gas, rakyat dihalang, tetapi kini kerajaan mula sedar dengan kekuatan rakyat. Beliau turut mengulangi tuntutan himpunan hari ini iaitu mendesak seluruh pimpinan SPR meletak jawatan dan diganti dengan kepimpinan baru

"Kita juga minta semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari Pakatan atau dari BN, buat balik pilihan raya kecil selepas pimpinan SPR baru dilantik," tegasnya.

Satu lagi tuntutan adalah jangan membuat persempadan semula selagi kepimpinan baru SPR tidak ditukar. "Kalu tidak persempadanan ini hanya akan dibuat untuk memberi kemenangan Umno BN sahaja," katanya.

2.50pm: Laungan Aziz penipu bergema di Padang Merbok. Laungan itu diketuai Chegu Bard selaku pengerusi majlis hari ini.

2.45pm: Bekas Speaker Dun Perak, Sivakumar berucap di pentas utama. Menyingkap kembali peristiwa rampasan kuasa di Perak selepas PRU 2008 lalu. Beliau turut menceritakan kembali peristiwa beliau diusung keluar dari Dun Perak dan dikurung sewaktu BN mahu melantik speaker baru.

Beliau turut menegaskan, Pakatan Rakyat Perak juga menang undi majoriti berbanding BN. Persidangan Dun Perak akan datang juga katanya tentu panas dengan kekuatan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

2.40pm: Padang Merbok- Sudah ramai peserta tiba dan memenuhi Padang Merbok. Di atas pentas utama, ucapan sudah dimulakan.

Badrul Hisham Shahrin mempengerusikan majlis. Beberapa pimpinan Pakatan bergilir-gilir berucap sambil menunggu kumpulan dari beberapa kawasan lain tiba.

2.35pm: Peserta dari Masjid Jamek juga kini bergabung dengan peserta dari Sogo menuju ke Padang Merbok.

2.30pm: Orang ramai yang membeli belah di Jalan Tar teruja merakam gambar peserta himpunan di kaki lima kedai.

2.25pm: Dianggarkan lebih 5,000 peserta kini bergerak dari Sogo selepas bergabung dengan kumpulan dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

2.20pm: Masjid Negara- Crowd masjid negara sudah bergerak dan bergabung dgn crowd dr jln sultan. Memimpin kumpulan dari Sini adalah Dr Dzulkefly Ahmad.

2.15pm: Sogo- Hidup hidup rakyat. Tumbang tumbang umno bn. Undur undur spr. Terus bergema di dpn Sogo. Wpun panas para peserta tidak berganjak dn terus mendgr amanat yg di sampaikan oleh para pimpinan PR.

Peganjur terus mngingatkan para peaerta himpunan aman agar menjaga tatatertib dan tidak pedulikan sbrg provokasi yg ditimbulkan. Mereka turut dipesan agar mengelakkan provokasi kerana ini adalah himpunan aman. Para pegguna jalan raya membunyikan hon sbaik tiba di dpn sogo sbg nyatakansokongan kpd himpunan black 505. Para peserta kini bersedia bergerak ke Padang Merbok.

2.10pm: Kumpulan dari Pejabat Agung PAS kini sedang melepasi bangunan Maju Juntion menuju ke pusat membeli belah Sogo

Exco pemuda PAS, Sany Hamzan mengetuai laungan takbir dan jatuh SPR. Tiga buah motorsikal berkuasa besar jadi marshal di hadapan. Crowd Jalan Raja Laut akan bergabung dengan crowd di Sogo.

2.10pm: Pejabat PAS - Laungan hidup rakyat, hidup keadilan, SPR letak jawatan serta takbir bergema sepanjang perjalanan dari Pejabat Agung PAS yang bermula sebentar tadi. Unit Amal turut membuat benteng manusia dan pihak polis beri kerjasama baik mengawal lalulintas.

2.05pm: Brickfield - Naib Presiden PKR Nurul Izzah berucap sebelum mengetuai kumpulan di sini untuk bergerak ke Padang Merbok. Beliau membidas kenyataan ketua polis KL bahawa himpunan hari ini mahu mencetuskan huru-hara.

Beliau juga menyatakan komitmen untuk membawa isu kepincangan PRU13 lalu ke Dewan Rakyat termasuk mendesak bos SPR meletakkan jawatan. Turut serta bergerak dari sini adalah aktivis Bersih, Hishamuddin Rais.

2.00pm: Masjid Negara - Dr Dzulkefly berucap. Beliau berkata jika kepimpinan SPR tidak bersedia utk turun, rakyat akan pastikn bos suruhanjaya itu diturunkan. Beliau juga mengharapkan pilihan raya semula diadakan jika mana-mana petisyen yg difailkan mempnyi bukti munasabah.

1.58pm: Pejabat PAS - Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dilihat ketuai kumpulan peserta yang memulakan perjalanan ke Padang Merbok. Turut serta di barisan hadapan, Ustaz Nasrudin, Dr Syed Azman, Ustaz Idris Ahmad, Ustazah Nuridah Saleh. Ustaz Ghani Shamsudin mengetuai bacaan doa sebelum bergerak.

1.56pm: Masjid Negara- Dr Rani sedang berucap, memulakan ucapan dengan penghargaan kepada rakyat Selangor kerana memilih Pakatan Rakyat di negeri tersebut.



1.55pm: Petugas di Pejabat Agung PAS mengagihkan air mineral kepada peserta buat bekalan sepanjang perjalanan ke Padang Merbok.

1.50pm: Masjid Negara- Selesai solat. Para peserta mula turun semula berkumpul di dataran masjid. Menunggu arahan dari pimpinan untuk memulakan perjalanan ke Padang Merbok.



1.45pm: Pejabat PAS- Unit amal di Pejabat Agung PAS bersiap sedia untuk mengetuai peserta berjalan ke Padang Merbok. Pengerusi DHPP Hu Phang Cow turut bergerak dari sini.



1.40pm: Sogo - Skrg ini pesrta semakin ramai membanjiri kawasan hadapan Sogo. Dianggarkan lebih 1000 orang sudah berada di sini. Mrk dijangka akan bergerak ke Padang Merbok jam 2.30 petang ini.

1.35pm: Masjid Negara- Peserta kini sedang menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid. Dijangka mereka akan bergerak sejurus selesai solat menuju ke tempat himpunan Black 505 di Padang Merbok kira-kira 2 kilometer dari Masjid Negara.

1.30pm: Pejabat PAS- Rata-rata kenderaan yang lalu di hadapan Pejabat Agung PAS membunyikan hon tanda sokongan kepada mesej himpunan hari ini.

1.25pm: Sogo- Dr.mujahid berucap dalm tiga bahasa, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Arab. Beliau berkata himpunan ini bukan krn Anwar bkn krn PR tetapi utk masa depan generasi anak cucu kita. Menurutnya, rakyat Malaysia tidak mahu anak cucu terus ditipu dgn SPR.


Dr Mujahid berucap di hadapan Sogo.

Malah kata mujahid kwsn yg dipertikaikan harus diadakan pilihan raya semula. Menurutnya Pakatan Rakyat ambil pendekatan 3P iaitu Petisyen, Parlimen (bantah persempadan semula) dan Perhimpunan aman. Katanya kita memang bersabar dgn apa yg berlaku tetapi dalam bersabar kita juga mendesak SPR letak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di kawasan yang diragui.

1.20pm : Sogo- Para peserta masing2 membawa sepanduk yg tertera mesej mgecam spr. Masing2 memakai bju hitam dgn kain lilit di kepala yg tertera tulisan Blackout 505.

1.15pm - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub serta Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan serta Datuk Raja Kamarul Bahrin dijangka akan bergerak dari Pejabat Agung PAS.

1.10pm : Sogo - Suasana aman. Kira-kira 300 orang sedang berkumpul di sini. Ketika ini peserta himpunan sdg mendegar ucapan drpd pimpinan yg di mulakan oleh pimpinan AMK. Kelihatan pihak polis sdg mgawal keadaan. Peserta sdg mnggu arahan utk bergerak ke Padang Merbok bila-bila masa shj.

1.05pm : Pejabat PAS - Lebih 200 peserta Black 505 sudah berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sementara menunggu untuk berjalan-jalan beramai-ramai ke Padang Merbok sebentar lagi. Menurut Anggota keselamatan Unit Amal, Abg Cham, mereka akan mula berjalan beramai-ramai selepas menunaikan solat Zohor di situ.


Dr Rani dan Azmin Ali tiba di Masjid Negara.

1.00pm : Masjid Negara- Org ramai sudah memenuhi ruang di Masjid Negara, gerai-gerai jualan juga dibuka, keadaan masih terkawal sementara menunggu waktu zohor. Pimpinan yang sudah kelihatan tiba setakat ini, pengarah himpunan black 505, Datuk Johari Abdul.

Selain beliau, pimpinan yang ditetapkan mengetuai kumpulan di sini adalah AJK PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.(Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails