Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin, menyoal siasat sarjan berkenaan.
KLUANG - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dicekup Bahagian 
Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) selepas didapati berkhalwat 
bersama kekasih gelapnya di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di 
sini, kelmarin.
Meskipun tinggal di Johor Bahru, lelaki terbabit sanggup meninggalkan 
keluarganya di rumah semata-mata untuk bersama dengan wanita berkenaan 
yang dikenali di pasar malam, sejak enam bulan lalu. Ketika serbuan, pasangan terbabit hanya memakai tuala untuk menutup 
badan seterusnya memberi alasan baru memasuki bilik hotel berkenaan.
“Kami baru sahaja masuk bilik ini 15 minit lalu. Tak ada buat apa pun, 
tolonglah lepaskan saya kerana saya sudah berkeluarga ada dua anak.
“Tolong jangan beritahu isteri saya kerana dia hanya tahu saya ke 
lokasi lain bersama kawan dan bukan ke sini,” katanya ketika merayu 
kepada pihak JAJ supaya tidak menahannya dalam  serbuan berkenaan.
Bagaimanapun, rayuan dibuat tidak diendahkan, dan JAJ bertindak terus 
menahan pasangan terbabit atas kesalahan berdua-duaan di dalam bilik 
bersama pasangan bukan muhrim. Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan itu 
dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam untuk laporan tangkapan sebelum 
dijamin keluarga masing-masing.
“Mereka akan didakwa di bawah seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen 
Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa kepada hukuman denda 
maksima RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Pasangan terbabit juga dikehendaki membuat laporan semula ke Pejabat 
Agama Kluang pada hari ini (semalam) untuk diambil keterangan,” katanya.
Operasi melibatkan 10 anggota Bahagian Penguatkuasa JAJ daerah Kluang 
dan Batu Pahat itu bermula jam 11 malam itu berakhir kira-kira jam 4.30 
pagi. (SH)
Komen Weblg Ibnu Hasyim: Tangkapan di atas oleh JAJ pun dibuat bukan kerana larangan  najis zina, walaupun yang ditangkap itu dalam keadaan tiada berpakaian kecuali tuala. Jadi di Malaysia, tiada lundang-undang larangan 'zina' samada undang syariah atau sivil.
Maka jauh sangat, kononnya Malaysia sudah laksanakan perundangan Islam.

 
 

No comments:
Post a Comment