Tuesday, June 18, 2013

Apa Silat Anwar Temui Bambang? Jumpa Najib Di Jakarta?

KL: Apakah Silat Politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, bila dilaporkan mengadu mengenai penipuan pilihan raya kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas timbalan presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK).

Ketua Umum PKR itu membuat pengakuan dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia, semalam.

"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," kata Anwar dipetik dari portal VIVAnews.

Menurut Anwar, SBY turut mengucapkan terima kasih kepadanya atas penjelasan mengenai perkembangan pilihan raya di negara ini. Bagaimanapun kata Anwar, SBY tidak mengambil kedudukan untuk campur tangan terlalu mendalam.

"Beliau beritahu saya, ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai pilihan raya Malaysia dan juga rundingan yang berkaitan dengan 'kecurangan' tersebut," katanya.

Semalam Anwar mengatakan Putrajaya mesti menyelesaikan isu penipuan pilihan raya dalam Pilihan Raya 2013 sebelum bercakap soal perdamaian nasional dengan Pakatan Rakyat (PR). Ketua pembangkang itu mengatakan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengusulkan perdamaian nasional kekal sebagai cakap kosong sekiranya tiada apa dilakukan untuk menyelesaikan penipuan, kecurangan dan salah tadbir oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum 5 Mei.

“Selesaikan soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius,” katanya kepada pemberita di Jakarta semalam, seperti dilaporkan oleh Keadilan Daily.

Pemimpin de facto PKR itu berada di ibu kota Indonesia selepas lawatan tiga hari ke negara itu di mana beliau bertemu dengan SBY. Terdapat spekulasi beliau turut akan bertemu Najib yang secara kebetulan berada di Jakarta. Anwar menafikan terdapat pertemuan dan rancangan untuk pertemuan seperti itu.

“Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu tahu,” katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, Jakarta. The Malaysian Insider difahamkan Najib juga dijadualkan untuk mengadakan pertemuan tertutup dengan SBY yang telah menyatakan kebimbangan berkenaan dengan keputusan pilihan raya Malaysia.

Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Najib berjaya mempertahankan Putrajaya dengan memenangi 133 kerusi Parlimen berbanding PR 89 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Majoriti BN kurang tujuh berbanding kemenangan Pilihan Raya 2008 di bawah perdana menteri pada ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. – 17 Jun, 2013. (IH/MI/ Dll.)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails