Tuesday, June 18, 2013

Tv3, Pengkhianat Agama & Kebenaran.. Lidah Syaitan!

MENGAPA dikatakan demikian? Lihat Laporan dari Blog Anak Sungai Derhaka..

TV3 Kantoi Lagi.. Lain yang Presiden Mesir ucap, lain yang diterjemahnya.

 Nak dikata mereka kurang mahir berbahasa Inggeris.. mungkin tidak, sebabnya kelulusan yang diperlukan untuk menjadi pembaca berita adalah tinggi..

Tetapi yang peliknya dalam hal menterjemahkan apa yang Presiden Mesir, Mohamad Morsi ucapkan, hasilnya berbeza sama sekali dengan apa yang diucapkannya..

Ramai yang tidak menyedari perkara ini tetapi Irfan B. Masiri menyedari perkara ini dan meluahkan di FB beliau.


Mungkin ada sesetengah orang tak kisah kalau terjemahan tak sama asalkan maksudnya sampai, tapi bagi saya memang tak boleh.



Ini terjemahan TV3.

“Kita tidak membenarkan rejim penindas kembali berkuasa, dan tidak menolak untuk menguatkuasakan zon larangan udara di Syria menerusi Majlis keselamatan PBB dalam usaha menamatkan pertumpahan darah rakyat Syria menjadi pelarian luar jangkaan.”

Ini terjemahan yang sebenar. So, boleh nilailah sendiri.

“Kepada Hizbillah, Mestilah ia keluar dari Syria. Ini kata2 serius. Tiada peluang dan tempat bagi Hizbillah di Syria. Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan. Untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Syria. Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan. Untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan kerajaan Syria yang ada sekarang. Ditutup Kedutaan Syria di Kaherah. Ditutup kedutaan kerajaan Syria sekarang yang ada di Kaherah. Dan akan menarik balik wakil Kedutaan Mesir di Damsyik.”

Dr. Morsi tak sebut pasal PBB, tv3 sebut pasal PBB. Dr. Morsi sebut pasal Hizbillah, TV3 tak sebut. 



Jelas Tv3 Lidah syaitan!!

1 comment:

Anonymous said...

Malu dengan media negara sendiri,menangis Dr mursi difitnah macam tu ,#riptv3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails