Thursday, July 18, 2013

Ada Robot Bancuh Kopi Pula, Senanglah Mamak Teh Tarik..


RAPIRO dilengkapi dengan 12 penggerak dan mata LED selain mampu berjalan dan menggerakkan tangan.- AFP

JOM KREATIF

WASHINGTON - Sebuah syarikat Jepun di sini telah mencipta sebuah robot berbentuk manusia yang boleh membancuh kopi untuk pemiliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Diberi nama Rapiro, robot comel itu dikawal menggunakan komputer bersaiz kad kredit berasaskan perisian Linux, Raspberry Pi.

Selain membancuh kopi, robot mini itu boleh diprogramkan untuk melakukan beberapa tugas lain seperti menyusun jadual waktu dan memberitahu mengenai keadaan cuaca. Rapiro juga boleh dilengkapi kamera untuk membolehkannya mengumpulkan data visual. Robot berkenaan dilengkapi 13 peranti motor untuk membantunya bergerak. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kalau kena harga dan caranya, senanglah mamak teh tarik boleh pakai robot..

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails