GAMBAR pada 14 Julai lalu menunjukkan bendera Nazi yang
digantung pada dinding restoran Soldatenkaffe di Bandung, Jawa Barat,
Indonesia.- AP
BANDUNG - Pihak berkuasa Indonesia akan menyoal siasat seorang
pemilik restoran kerana membuka kafe dengan tema Parti Nazi yang
mencetuskan kemarahan penduduk tempatan dan pelancong asing.
Kafe Soldatenkaffe milik Henry Mulyana yang terletak di sini, dalam wilayah Jawa Barat, telah dibuka sejak April 2011.
Timbalan Datuk Bandar Bandung, Ayi Vivananda berkata, sepucuk surat
meminta Mulyana memberikan penjelasan berhubung tujuan dia membuka
restoran itu telah dihantar kelmarin.
"Simbol-simbol Swastika (Parti Nazi) yang terdapat di kafe itu
dikenali di seluruh dunia kerana sinonim dengan keganasan dan
perkauman," kata Vivananda.
Kafe tersebut dihiasi sehelai bendera dengan simbol swastika bersaiz
besar dan potret gergasi bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler. Dekorasi lain termasuk beberapa koleksi berkaitan Nazi yang digantung di dinding berwarna merah di kafe itu. (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Simbol-simbol Swastika (Parti Nazi) seperti yang terdapat di kafe itu
dikenali di seluruh dunia kerana sinonim dengan keganasan dan
perkauman. Itu pandangan ciptaan puak-puak ekstrem Yahudi Zionis yang tidak demokratik. Mengapa negara umat Islam perlu turuti kerenah mereka?
No comments:
Post a Comment