Sunday, July 14, 2013

Rahilah Harun, Aurat & Masa Depan Takraw Wanita..




SUKAN

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) semakin buntu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh salah seorang pemain dalam skuad wanita negara. Meskipun sudah hampir dua tahun berusaha, PSM masih gagal membantu Rahilah Harun mendapatkan kad pengenalan untuk diiktiraf sebagai warganegara.

Kegagalan ini menyebabkan pemain apit kanan berbakat ini tidak dapat membuat pasport untuk membolehkan dia menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa. Dokumen yang ada pada pemain terbabit kini ialah sijil kelahiran. Menurut jurulatih Osman Che Meh, kedua ibu bapa Rahilah, 19, adalah warga negara Thailand tetapi dia bersama dua lagi adik beradiknya lahir dan dibesarkan di negara ini.

"PSM telah membuat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh pemain ini.
"Selain itu, pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) juga telah berurusan dengan Pejabat Pendaftaran Negara di Putrajaya tetapi belum ada berita gembira yang diperoleh.
"Ini adalah satu kerugian kerana dia (Rahilah) boleh dianggap sebagai pemain yang berbakat dan khidmatnya diperlukan untuk membantu skuad negara," kata Osman.

Menurut Osman, dia berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera kerana khidmat Rahilah diperlukan untuk membantu skuad negara menghadapi Sukan SEA 2009 di Laos. Selain itu, kehadiran Rahilah juga memberi peluang kepada Osman untuk membentuk regu yang mantap menjelang Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thailand tahun depan.

Rahilah mula menyertai skuad negara pada pertengahan tahun lalu tetapi sepanjang tempoh itu dia tidak pernah menimba pengalaman di peringkat antarabangsa. Kegagalan mendapatkan kad pengenalan telah menyebabkan pemain kelahiran Pangkalan Hulu, Perak ini tidak boleh membuat pasport meskipun dia mempunyai sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan yang lain.

Keadaan ini menyebabkan dia terpaksa diketepikan setiap kali rakan-rakan sepasukan yang lain menyertai kejohanan dan berlatih di luar negara.

"Esok (hari ini) saya akan pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara di Putrajaya sekali lagi untuk membantu Rahilah mendapatkan kad pengenalan.
"Sebelum ini kami telah pergi tetapi permohonan tidak boleh diproses kerana dia tidak bawa sijil kelahiran dan saya berharap masalah ini dapat diselesaikan," kata Osman. (Kosmo)
 Sukan renang wanita pun perlu dibetulkan..

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dilaporkan libasan Rahilah Harun sudah cukup membuktikan bahawa masa depan sukan sepak takraw wanita tetap ada dan tidak mustahil bakal meningkat ke tahap lebih tinggi pada masa depan.

Oleh itu kementerian belia-sukan atau wanita, perlu memantau supaya sukan negara berkembang sejajar dengan perkembangan Islam sebagai agama bagi persekutuan Malaysia ini. Agama dalam ertikata 'way of live', penghayatan Islam seluruhnya. Termasuk masalah aurat wanita, penambahan ilmu agama di kalangan ahli sukan dan lain-lain, bukan hanya kad pengenalam atau pasport Malaysia saja.

Kelantan di bawah tadbiran PAS telah pun mencubanya, ianya boleh dikembangkan ke peringkat global.

Lihat ini..

1 comment:

mohd azrul said...

ada sukan tidak menitikberatkan aurat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails