Tuesday, July 16, 2013

10,000 Penyokong Morsi Sedang Solat Terawih Ditembak Gas


Penyokong Morsi dari Dataran Raba'ah mara ke dataran Ramsis melalui Jambatan 6 Oktober selepas mendengar berita rakan mereka digempur polis Mesir

MESIR: Para penyokong Presiden sah Dr Muhammad Morsi yang mengadakan himpunan besar besaran dibeberapa kawasan di Kaherah semalam sekali lagi menerima 'layanan istimewa' pihak polis Mesir. Malam tadi, polis mensasarkan himpunan di Dataran Ramsis dengan melepaskan gas pemedih mata ke arah lebih 100,000 penyokong Morsi yang sedang menunaikan solat terawih di Masjid Al-Fath dan kawasan sekitarnya.

Menurut beberapa laporan menyebut, tembakan gas juga turut masuk ke ruang solat di dalam masjid.

Pasukan polis yang dikenal pasti dari unit "Amn Markazi" didakwa bergerak dari Jambatan 6 Oktober waktu Isyak menuju ke Dataran Ramsis sebelum melepaskan gas pemedih mata kepada peserta himpunan yang bersolat terawih.

Ekoran tindakan polis itu, jutaan peserta yang berada di Dataran Raba'ah bertindak mara ke Dataran Ramsis bagi membantu rakan-rakan mereka yang digempur pihak polis.

Serangan ke atas penyokong Morsi ketika sedang bersolat ini merupaka kali ketiga dilakukan pihak polis dan tentera sejak rampasan kuasa lebih seminggu lalu.

Sebelum ini serangan serupa berlaku ketika penyokong Morsi sedang menunaikan solat Asar di bandar Arish, Sinai, dan satu lagi ketika sedang menunaikan Subuh di hadapan Bangunan Pengawal Republik, Kaherah yang menyaksikan puluhan penyokong Morsi terbunuh. (Hrkh)

Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails