Tuesday, July 16, 2013

Tentera Musnahkan 3 terowong Hubungkan Mesir-Gaza

 
Antara terowong bawah tanag Mesir-Gaza yang didakwa telah dimusnahkan

MESIR: Sekurang-kurangnya tiga terowong bawah tanah yang menghubungkan Mesir dan Gaza dilaporkan dimusnahkan oleh tentera sejak rampasan kuasa terhadap Presiden Morsi hampir dua minggu lalu.

Menurut agensi berita Anadolu, tentera tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi setakat ini, namun ianya telah disahkan oleh seorang pegawai keselamatan di Rafah.

"Lebih terowong akan dimusnahkan untuk menghentikan ancaman penyeludupan yang semakin meningkat," kata pegawai itu.

Terowong bawah tanah merupakan laluan komersil utama anatara Gaza dengan Mesir yang digunakan untuk membawa bahan makanan, bahan api dan bahan binaan ke Gaza. Ianya juga adalah talian hayat untuk rakyat Palestin yang tinggal di Gaza, yang telah berada di bawah sekatan Israel sejak 2006. (Hrkh)

Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails