Friday, July 19, 2013

PAS Tidak Bentuk Kerajaan, Jika Menang PRK - Husam Musa


PAS tidak akan membentuk kerajaan baharu di Terengganu jika menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang akan menjadikan jumlah kerusi Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan BN masih boleh dikekalkan.
"Tetapi nanti mereka (BN) tidak boleh bertindak sesuka hati. Kami sebagai pengimbang mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan negeri yang berorientasikan kebaikan rakyat jelata Terengganu," katanya dalam sidang media di markas besar pilihan raya PAS di Kampung Baharu di Kuala Besut.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan usaha PAS mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16:16 tidak akan diterima rakyat dan ia tindakan populis bagi meraih perhatian pengundi Kuala Besut.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Terengganu kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada PAS dan satu wakil PKR.

Sementara itu, Husam yang juga pengarah PRK PAS untuk DUN Kuala Besut menyambut baik pendirian terbuka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menjelaskan mengenai isu pemberian tanah kepada empat wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen Besut.
Ahmad Said dalam jawapannya berkata sudah menjadi dasar Kerajaan BN Terengganu mengurniakan tanah kepada rakyat yang berhak dan berjasa, termasuklah ADUN sama ada lot tapak perumahan atau tanah pertanian.
PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Endot @ Azlan Yusof daripada PAS berikutan kematian penyandangnya Dr Rahman Mokhtar daripada BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. ~bernama

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails