Thursday, October 03, 2013

Kreatif... Ratu Cantik Ganjil Di Arab Saudi


PERTANDINGAN ratu cantik ayam ini julug kali diadakan berbanding haiwan ternakan lain di negara Teluk tersebut.- Agensi

JOM KREATIF
RIYADH - Satu pertandingan ratu cantik untuk ayam akan diadakan di ibu kota Arab Saudi pada Jumaat ini, lapor akhbar berbahasa Arab, Sabq kelmarin. Acara itu akan diadakan oleh seorang peladang di Arab Saudi yang turut menjemput peladang-peladang di beberapa negara Teluk lain ke pertandingan berkenaan.

Puluhan ekor ayam betina dan jantan akan berhimpun di ladang tersebut untuk pertandingan ratu cantik ayam yang julug kali diadakan di negara berkenaan. Peladang itu, Mutaab Al-Othman berkata, pertandingan tersebut diadakan di ladang miliknya dekat ibu kota Riyadh pada hari Jumaat.

"Pertandingan ini akan melibatkan satu acara lelongan untuk ayam yang jarang ditemui. Sebahagian ayam ini pernah menyertai pertandingan yang sama di Jerman dan mendapat kedudukan yang baik," katanya

Al-Othman berkata, ayam yang dipertandingkan mampu mencecah harga di antara SR$2,000 hingga SR$10,000 (RM1,726 hingga RM8,630) setiap seekor di acara lelongan tersebut.

"Sebahagian baka ayam pernah dijual lebih dari SR$35,000 (RM30,208) pada satu acara lelongan sebelum ini," tambahnya yang tidak menjelaskan bagaimana ratu ayam itu akan dipilih kelak dalam acara berkenaan. - Agensi.

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails