Saturday, October 05, 2013
PCA, Jahat Lawan Jahat, Islam Larang -Abdul Ghani Shamsuddin (Shura)
KL: Islam melarang umatnya melawan kejahatan dengan menggunakan kejahatan dan di dalam Islam, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) berpendapat, Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang diluluskan kerajaan dilihat mirip kepada kaedah tersebut iaitu "membalas kejahatan dengan kejahatan".
Pengerusinya Abdul Ghani Shamsuddin berkata, penahanan tanpa bicara dalam PCA bukan sahaja jelmaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah membuka ruang kepada pemerintah menyalahgunakan kuasa demi kepentingan politik.
“Kita tidak boleh lawan kejahatan dengan kejahatan, keburukan dengan keburukan yang barangkali kita membuka pintu untuk orang lain membuat jahat, zalim kepada orang lain yang sudah pasti tidak menyelesaikan masalah.
“Buat jahat suatu kezaliman, tetapi memperuntukkan kemudahan bagi orang menyalahgunakan kuasa juga merupakan satu kezaliman yang besar,” katanya seperti dilapor Selangorku.
Menurut Abdul Ghani lagi, kegagalan membawa tertuduh ke muka pengadilan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan penganiayaan terhadap tertuduh. Keadaan itu katanya bercanggah dengan perinsip keadilan Islam yang mensyaratkan tertuduh diadili sebelum dijatuhi hukuman.
“Orang ini tiada tempat untuk mendapatkan perlindungan dan ini menjadikan masyarakat kita bertambah zalim lagi,” katanya. (Hrkh)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment