Tuesday, October 01, 2013

Gua Buat Hubungan Seks Dg Pelampung, Lu Apa Peduli?

Seks dengan pelampung depan kanak-kanak

Hamilton (Ohio): Seorang lelaki, Edwin Charles Tobergta, 34, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam apabila mengadakan seks dengan pelampung di depan beberapa kanak-kanak.

Menurut laporan polis, seorang saksi melihat lelaki berkenaan dalam keadaan bertelanjang melakukan seks dengan pelampung itu.
“Dia keluar dari sebuah kolam dengan bertelanjang dan kemudian mengadakan seks dengan mainan berkenaan,” menurut laporan berkenaan.

Laporan itu juga menjelaskan, perbuatan itu dilakukan di depan beberapa kanak-kanak berusia bawah 10 tahun dan pada siang hari. Ini kali kedua dia ditangkap melakukan perkara serupa. Kali pertama pada 2011.

Ketika itu, dia ditangkap di atas tempat meniup pelampung dengan seluarnya terlondeh hingga ke buku lali.
Apabila menyedari dia diperhatikan, Tobergta cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh polis. Dia dijadual dijatuhi hukuman November ini. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada yang mengandaikan, "Gua buat hubungan seks dengan pelampung, tiada kena mengena dengan sesiapa, lu all apa peduli? Jagalah tepi kain sendiri, buat apa selak kain orang?" Itu suatu pandangan!

Menurut logiknya, tidak boleh orang lain menegur,  berdakwah, menyuruh berbuat baik sesama manusia, masing-masing jaga diri sendiri. Orang nak telanjang ke, berkelakuan menjolok mata, jolok perasaan dan fikiran orang lain, lu jangan ambil peduli. Contohnya, kalau di Malaysia tak boleh tegur wanita yang berpakaian telanjang atau tidak menutup aurat. Apa lagi kalau anak isteri pemimpin.

Ini suatu pandangan yang silap. Berbeda dengan pandangan Islam. Lihat logik perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah SAW, pemimpin tertinggi umat Islam se dunia, lebih kurang begini.. 

Dalam sebuah kapal atau bahtera..

Dalam sebuah kapal atau bahtera, ada anak kapal yang tinggal di bahagian tingkat bawah, dan ada yang di tingkat atas. Yang di bawah nak dapatkan bekalan air mesti melalui yang di atas. Tetapi yang dibawah tidak mahu menyusahkan yang di atas, akan terus mengambil air dengan menebuk lobang pada kapal bahagian bawah itu. 

Bolehkah begitu? Kalau dibiarkan, kapal itu akan karam. Yang tenggelam bukan yang di bawah sahaja, bahkan semuanya, termasuk yang di atas. Itulah peranan dakwah dalam menyelamatkan umat manusia tidak kira apa agama dan bangsa apapun.

Perkara itulah yang berlaku pada Edwin Charles di Tobergta,Ohio seperti diberitakan di atas.

Bagi pendakwah-pendakwah pula As-Syahid Imam Hasan Al-Banna ada menyebutkan.. 

“Perumpamaan kita dalam perjalanan dakwah ini ibarat berada dalam sebuah kapal kecil yang terkepung ombak dan badai dari berbagai penjuru. Bahtera yang menembus berbagai gelombang, seperti dakwah yang harus melalui banyak rintangan. Kadang bahtera kita oleng ke kanan dan kadang oleng kekiri dengan hebatnya, sehingga kita yang berada didalamnya merasa khawatir dan gelisah. 

Lalu kita turunkan layar dan menggantinya dengan dayung. Untuk itu kesulitan  dan perjuangan yang dihadapi lebih banyak, dan mungkin menyebabkan terlambat beberapa waktu untuk sampai ditujuan. Namun hal itu lebih baik daripada berhenti dan tidak pernah sampai. Terkadang sebuah kapal besar terpaksa berhenti total kerana angin badai menghadang. Semasa awak itu keluar menuju pantai, mereka mengikat tali pada tubuhnya, lalu ujung tali diikatkan pada kapal. 

Mereka bersama-sama menarik kapal itu sementara mereka berjalan menyusuri pantai. Cara ini tentu lebih sulit dan menguras tenaga daripada cara sebelumnya, Tetapi ini cara darurat untuk mencapai tujuan, walaupun tentu menjadi terlambat beberapa waktu. Hanya dengan cara itu itulah yang memungkinkan mereka mencapai tujuan. 


Untuk itu perlu kesabaran, kearifan, dan tidak menggunakan berbagai alat yang nyeleweng, yang terkadang justru menggagalkan perjalanan …….”
(Imam Hasan Al Banna)    

3 comments:

Nazir said...

"Dan ketika satu golongan dr mrk berkata : mengapa kamu menasihati kaum yg Allah (swt) akan membinasakan mrk atau mengazab mrk dgn azab yg berat ?, Mrk (org org yg memberi nasihat itu) menjawab : Utk melepaskan diri (dr rasa bersalah) kpd Tuhan mrk, dan mudah mudahan mrk bertaqwa." Al A'raaf 164.

mohd azrul said...

jom rakyat johor beri sokongan kpd jdt dlm perlawanan suku akhir 2 vs kelantan sabtu ini luaskan kuasamu johor dn kpd sokongan kpd atm vs singapura selamanya harimau malaya

Anonymous said...

16 perkara yang anda tidak tahu mengenai porn? hehehe: Lihat sini utk info

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails