Tuesday, October 01, 2013

Presiden PAS Ziarah Kuburan Almarhum Ustaz Azizan



POKOK SENA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menziarahi kuburan bekas Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Muassasah Darul Ulum yang meninggal dunia Khamis lalu.

Sebaik tiba di tapak perkuburan kira-kira jam 12 tengahari, Tuan Guru Abdul Hadi bersama rombongan menunaikan solat jenazah ghaib serta mendoakan kesejahteraan untuk Almarhum Ustaz Azizan. Ustaz Abdul Hadi tidak hadir di majlis pengkebumian bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Khamis lalu kerana menghadiri forum persidangan Islam di Pakistan.

Beliau memuji Azizan yang sepanjang hayatnya memberikan komitmen tinggi untuk perjuangan Islam.

"Sepanjang hayat tiada istilah rehat bagi beliau, sehinggalah Allah SWT menjemputnya dari ribaan umat,” kata Abdul Hadi.

Turut hadir menziarahi kubur Almarhum Ustaz Azizan ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Timbalannya, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Setiausaha Politik Presiden PAS,  Dr Ahmad  Samsuri Mokhtar.(Hrkh Daily)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails