Thursday, December 08, 2022

Siasat gugat Islam. & PM yang pembohong.

 


1.  Presiden PAS harap isu gugat Islam juga segera disiasat

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selesai memberi keterangan kepada pihak polis dalam siasatan dijalankan ke atas beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini sebentar tadi.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud memberitahu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia.

“Alhamdulillah, pihak polis menjalankan siasatan secara profesional dengan sangat berhemah dan sopan. Selesai dalam masa hampir 2 jam,” ujarnya terhadap kes berhubung kenyataan mengaitkan Pakatan Harapan (PH) dengan Komunis dan LGBT itu.

Tuan Guru Abdul Hadi ketika bercakap kepada media selepas siasatan itu menyatakan beliau telah memberikan kerjasama dan sedia memberi penjelasan atau tindakan selanjutnya termasuk ke mahkamah.

“Ini giliran sayalah. Nampak kerajaan baru ni sangat aktif, proaktif. Saya minta supaya giliran pihak lain puak-puak PH yang menyentuh umat Islam juga disegerakan, siasat sama. Kita tunggu dan lihat,” ujar beliau.

Gesa dan harap beliau, siasatan berkenaan laporan polis yang telah banyak dibuat PAS dan pelbagai pihak termasuk NGO-NGO berkenaan isu umat Islam mesti juga diambil  tindakan sebagai satu keadilan.

Menjawab pertanyaan media juga maklumnya beliau tidak dimaklumkan sebarang tindakan susulan terhadap laporan yang dikatakan dibuat di IPD Sentul, Dang Wangi dan Alor Setar oleh pihak PH itu.

Diminta mengulas cadangan untuk PRN diadakan segera, katanya hal tersebut akan melibatkan perbincangan bersama Menteri-menteri Besar negeri berkenaan dan keadaan di peringkat Persekutuan bergantung kepada reaksi rakyat.

Berkenaan pelantikan Ketua Pembangkang, perkara itu jelasnya akan diumumkan Perikatan Nasional dalam masa terdekat, manakala memberi reaksi terhadap Kabinet baharu, beliau menyifatkan DAP tetap mendapat manfaat yang banyak. – HARAKAHDAILY 5/12/2022


2. Jadi perhatian dunia kerana dipimpin PM yang pembohong 

PADANG SERAI: Malaysia kini begitu diperhatikan dunia kerana sedang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang pembohong, demikian kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Dalam waktu kempen berjanji beritahu rakyat Malaysia bahawa dia tidak sekali-kali akan menerima Barisan Nasional, pemimpin yang kleptokrat, yang rasuah, kaki pembohong dan sebagainya. 

“Kita menyaksikan bagaimana orang yang semalamnya berbohong, tiba-tiba diangkat sebagai Perdana Menteri. Di mana maruah kita sebagai rakyat Malaysia?

“Ada di antaranya bersumpah dengan nama Allah, ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, komitmen yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno, ‘No Anwar, No DAP’,” bidas beliau dalam Ceramah Grand Finale PERIKATAN NASIONAL di Taman Selasih, di sini kelmarin.

Menurut beliau, sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, individu-individu yang mempunyai kes mahkamah tidak disenaraikan dalam Kabinet walaupun ada desakan.

Demikian itulah maklumnya, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambil pendirian untuk Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak mengikuti pembubaran Parlimen dengan menangguhkan PRN.

Kerana jelasnya, PAS mahu melihat ke mana sebenarnya negara hendak dibawa selepas PRU15, kerana Tuan Guru Abdul Hadi telah nampak akan berlaku kemungkinan pelanggaran janji sumpah dibuat.

“Ternyata selepas pilihan raya kita menyaksikan bagaimana Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) yang dimaki hamun, dicerca dalam sepanjang kempen tersebut.

“Kita melihat bagaimana mereka berusaha untuk tidak menjadi dominasi dalam kerajaan yang ada. Perkara ni pelik. Bila mana BN khususnya Presidennya menggugurkan 10 tokoh-tokoh yang punya wibawa besar untuk menang pilihan raya.

“Kita menyaksikan bagaimana Shahidan Kassim tidak disenaraikan, Noh Omar tidak disenaraikan, Ismail Mutalib tidak disenaraikan, ramai lagi. Dan mereka ini ialah mereka yang tak ada kes. Yang tidak naik turun mahkamah. 

“Di waktu yang sama mengekalkan mereka yang ada kes mahkamah. Tentu kita rasa pelik. Saya sebut dalam kempen ini tanda-tanda nak mampus. Rakyat menolak di Perlis, di Kedah, di Melaka, di Kelantan, Terengganu dan semua,” bidasnya.

Sehubungan itu beliau mengajak seluruh pendukung PERIKATAN NASIONAL (PN) melihat PRK P.017 Padang Serai ditangguhkan Allah SWT untuk memberi kemenangan lagi setelah kemenangan pertama pada PRU15 baru-baru ini.

“Walaupun kita akui bahawa cabaran besar menanti kita khususnya rakyat dan negara yang akan ditadbir diurus. Namun yakinlah sebenarnya Allah Taala menyuruh kita meneliti, mengkaji, menyemak dan bersiap sedia dengan empat asas utama yang Allah Taala nyatakan dalam Quran,” nasihatnya.

Beliau memetik seruan Allah supaya beriman, bersabar dan memperkukuhkan kesabaran serta bertakwa; bertasbih, memuji dan beristighfar kepada Allah; laksanakan amanah dan tanggungjawab; perkukuh hubungan dan yakin pertolongan-Nya.

Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air itu juga menasihatkan agar menjaga hubungan sesama manusia yakni kehidupan bermasyarakat aman damai dalam realiti bangsa Malaysia yang majmuk terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Bila mana PAS menang banyak kerusi, ada usaha untuk meletakkan menanam Islamofobia di kalangan rakyat untuk takut dengan Islam seolah-olahnya bila PAS menang negara jadi Taliban. 

“Seolah bila PAS menang, maka orang bukan Islam tidak lagi boleh mengamalkan agama dia, budaya dia. Lalu kita minta pergilah ke Kelantan yang 30 tahun PAS memerintah. Lihatlah bagaimana kehidupan masyarakat di sana.

“Datanglah ke Terengganu, datanglah ke Kedah. Mari kita menyaksikan, kita perlu membina sebuah negara yang punya masa depan yang gemilang,” serunya. – HARAKAHDAILY 7/12/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimSiasat gugat Islam. & PM yang pembohong

“..Saya minta supaya giliran pihak lain puak-puak PH yang menyentuh umat Islam juga disegerakan, siasat sama. Kita tunggu dan lihat,” ujar Presiden PAS selepas disoal-siasat.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails