Sunday, December 04, 2022

DAP jilat ludah -Loke Kabinet mengecewakan -Muhyiddin.

1.  Kini DAP jilat ludah: DAP tubuh kerajaan dengan BN, bukannya Zahid kata Loke 

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan parti itu menganggotai kerajaan dengan BN, bukannya dengan mana-mana individu termasuk pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

Loke berkata demikian ketika mengulas kebimbangan berhubung DAP kini bersama dengan Zahid, yang sedang berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM31 juta Yayasan Akalbudi.

"Ini bukan tentang Zahid. Kerajaan perpaduan adalah dengan BN, bukan dengan mana-mana individu. (Tetapi) bersama gabungan.

"Secara prinsip, saya fikir semua orang dalam DAP faham ini," katanya ketika sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa sama, dia yang hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri pengangkutan berkata DAP akan terus berusaha ke arah kerajaan bebas rasuah.

Katanya lagi, keputusan parti untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, termasuk dalam kerajaan yang melibatkan gabungan lain, adalah berdasarkan "keadaan". 

Mengulas kes yang dihadapi Zahid, dia berkata ia terpulang kepada mahkamah.

"Ada proses mahkamah yang sedang berjalan.

"Dalam kabinet, kita hanya berbincang tentang agenda negara, tak akan disentuh kes peribadi masing-masing," katanya lagi.

Tiada gabungan yang mendapat majoriti mudah pada PRU lalu, menyebabkan Malaysia berdepan situasi Parlimen tergantung buat pertama kali.

PH menjadi gabungan dengan kerusi terbanyak iaitu 82 kerusi, diikuti PN (73) dan BN (30).

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar sebuah kerajaan perpaduan dibentuk. Ia dipersetujui antaranya oleh PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Jika kita tak bentuk kerajaan, alternatifnya adalah pihak lain yang tubuhkan kerajaan," katanya lagi merujuk PN.

Dia berkata setakat ini, kerajaan baru berjalan dengan baik.

"Tiada ancaman (untuk tarik balik sokongan) dibuat. Dan setakat ini hubungan kerja bertambah baik.

'Kami (menteri kabinet) baru saja selesai angkat sumpah, semua menteri ada.

"Kami bergaul dan cuba membina hubungan peribadi di kalangan menteri, memupuk kepercayaan," katanya lagi.


2. Kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara  

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim telah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kempen pilihan raya apabila melantik kleptokrat menganggotai Kabinet.

Ini adalah barisan Kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri.

Kabinet kleptokrat yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

Beliau sendiri sebagai Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan, satu amalan yang membawa kepada pemusatan kuasa dan penyelewangan berskala besar seperti yang berlaku dalam kes 1MDB sebelum ini.

Bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda anti rasuah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata.

Prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti nyata dikompromi.

Selain itu, Ahli Parlimen yang dikenali dengan sikap cauvinis melampau dilantik menerajui kementerian tertentu yang bakal mengundang kontroversi. Boleh dijangkakan dasar bersifat perkauman yang ekstrem akan diperkenalkan.

His reform agenda rings hollow when he could not even stand up in defence of his own party’s struggle to fight against corruption and promote good governance. His worth as a true leader worthy of respect and dignity is now highly questionable.

Sistem negara kita telah rosak apabila individu bankrap moral dan prinsip boleh dilantik menerajui negara dan yang terpalit dengan jenayah rasuah menganggotai Kabinet. Rasa tanggungjawab dan belas kasihan terhadap rakyat telah tiada dan rakyat juga hilang percaya terhadap tonggak kepimpinan negara.

TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Pengerusi
PERIKATAN NASIONAL – HARAKAHDAILY 3/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP jilat ludah -Loke  Kabinet mengecewakan -Muhyiddin.

SU DAP, Loke berkata ketika mengulas kebimbangan berhubung DAP kini bersama dengan Zahid, yang sedang berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM31 juta Yayasan Akalbudi.

Dia lupa bekas SU DAP sebelumnya juga masih dikaitkan dengan rasuah terowong. Periuk kata belanga hitam, rupa-rupanya 'juboq depa sama-sama hitam'.

Cuma coloteh-celoteh 'juboq tak basuhnya' dalam blog ni, saja kita tak layan. Kerana mereka bukan pembuat dasar, hanya 'barua tak cerdik' macam kerbau dicucuk hidung!

Sekian dulu.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails