Friday, January 14, 2022

4 pintu sempadan Antarabangsa baharu diwujudkan


Datuk Seri Hamzah Zainudin
Kuching atau Bandar Raya Kuching merupakan, Ibu negeri dan bandaraya terbesar Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Bahagian Kuching dan memerlukan 2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur 
Entikong Kabupaten Sanggau Kalimantan Barat Indonesia
Badau Kabupaten Kapuas Hulu Kalimantan Barat Indonesia
Indramayu Regency Kabupaten Indramayu Jawa Barat Indonesia

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mewujudkan empat lagi pintu sempadan antarabangsa baharu pada tahun ini sebagai usaha meningkatkan kemudahan kemasukan warga asing secara sah ke dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kemudahan itu akan diwujudkan di Teluk Melano dan Kapit di Sarawak, Pengerang di Johor serta Setiu di Terengganu, dan ia secara langsung akan meningkatkan kegiatan ekonomi dan kerjasama ekonomi di antara negara di kawasan sempadan.

“Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM8.8 juta di bawah Belanjawan 2022 dan telah diluluskan bagi tujuan pembinaan lapan pos kawalan baharu Pasukan Gerakan Am, iaitu tujuh di Sarawak dan satu di Sabah, bagi meningkatkan keberadaan anggota penguatkuasaan di kawasan sempadan, di samping membolehkan operasi kawalan sempadan dilaksanakan secara berterusan.

“KDN juga akan membangunkan satu Blueprint Kawalan Sempadan dan memulakan kajian pembangunan sistem integrasi kawalan sempadan yang akan dikenali sebagai National Border Control System,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2022 di Kompleks KDN, di sini.

Beliau berkata langkah-langkah berkenaan adalah selaras dengan pendekatan lima sempadan hadapan (five-front approach) di bawah Pelan Strategik KDN 2021-2025.

Sementara itu menurutnya Malaysia dilihat semakin diiktiraf sebagai antara negara paling selamat dan aman di dunia apabila kedudukan negara ini dalam Global Peace Index 2021 naik ke tangga ke-23 berbanding tangga ke-24 daripada 163 negara, dan bagi Index Ease of Doing Business, ia naik ke tempat ke-12 berbanding ke-15 daripada 190 buah negara.

Hamzah seterusnya berkata KDN akan memberikan tumpuan kepada pengukuhan bahagian dan jabatan di bawah kementerian pada tahun ini.

“Penstrukturan semula akan dilaksanakan, melibatkan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), untuk memantapkan lagi struktur bahagian dan jabatan berdasarkan fokus dan keutamaan yang bersesuaian. 

“Bagi tujuan ini, KDN telah memperoleh peruntukan RM13 juta daripada MOF (Kementerian Kewangan) untuk memperkukuhkan Bahagian D11 (Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Beliau berkata langkah itu bersesuaian dengan keperluan semasa yang mengambil kira beban tugas PDRM dalam berhadapan pertambahan dan kompleksiti kes jenayah seksual melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak di Malaysia.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata KDN menerima peruntukan RM17.09 bilion yang merangkumi RM13.51 bilion peruntukan mengurus, RM3.58 bilion bagi peruntukan pembangunan dan RM1.97 juta peruntukan di bawah T-11 dalam bagi Belanjawan 2022 untuk memastikan kelancaran pelaksanaan perancangan kementerian tahun ini. – HARAKAHDAILY 13/1/2022

Lihat sebelum ini.. Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

1 comment:

Anonymous said...

Azam Baki la Azam Bakul la... Zety kes AMLA ko buat bangang bisu..AMIN

Hang pi serbu pusat judi jack pot dan hamg pi rampas mesin dan angkut mesin Jack Pot tu kat Jln Mayang dpn Aussie Ambessy, Jln Klang Lama Kat Jln Tun Razak sblah Balai Bomba dan USA Ambassy dan jln Kia Peng KLCC tu... AMIN

Klu kau rampas mesin jack pot tu aku sujud hormat kat hang naaa...!!AMIN

95% orang Melayu kat pusat judi kat atas tu semua Melayu yg melingkup main judi jack pot...AMIN

Klu stakat rampas mesin kuda kat pusat snooker dan karaoke jamban itu klas kambing saja haahh...!!AMIN

Baru bapak kepala bapak kroni VVIP tokey judi kepanasan..AMIN

Klu laman sugar daddy bole sekat apa masalah judi online tak bole sekat..!?

ADA BRANI..!!

KHALAS..

Malaysia Darul Judi

kah kah kah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails