Saturday, January 15, 2022

Masjid Nabawi umum rancangan sambung semula iftar

 

Masjid Nabawi.

MADINAH: Penjaga Dua Kota Suci mengumumkan rancangan untuk menyambung semula majlis iftar atau berbuka puasa secara beramai-ramai di Masjid Nabawi di Madinah sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang selepas ditiadakan selama dua tahun.

Majlis iftar itu digantung sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan berikutan wabak coronavirus sejak Ramadan 1441H, yang bermula pada 24 April 2020.

Majlis iftar di Masjid Nabawi akan disambung semula di bawah protokol kesihatan yang ketat untuk membendung penularan coronavirus.

Hanya mereka yang diluluskan untuk mengagihkan hidangan iftar akan dibenarkan berbuat demikian di tempat yang sudah diperuntukkan, lapor Saudi Gazette. Had jemaah yang dibenarkan di setiap tempat akan didedahkan selepas meneliti keadaan pandemik dari semasa ke semasa.

Masjid Nabawi mahu sambung semula iftar sempena bulan Ramadan. - Foto AGENSI

Penyedia juadah iftar juga dikehendaki memuktamadkan kontrak dengan syarikat katering yang diluluskan untuk menyiapkan makanan, dengan jumlah jemaah yang duduk di satu tikar dihadkan kepada seramai lima orang bagi menjaga penjarakan sosial dan 12 orang jika tidak melaksanakan langkah penjarakan sosial.

Langkah itu juga termasuk duduk dalam satu barisan, menghadap ke arah kiblat. Mereka yang diluluskan untuk menyediakan khidmat iftar perlu mengemas kini data mereka mulai permulaan bulan Rejab, tambah penguasa itu seperti dipetik oleh Saudi Gazette. - AGENSI

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails