Monday, January 10, 2022

Bantu golongan asnaf bukan kewangan semata-mata. Pengangguran..

 

KUALA LUMPUR: Golongan asnaf perlu dikeluarkan daripada lingkungan kemiskinan dan bukan hanya dibantu daripada aspek kewangan semata-mata.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, golongan asnaf juga perlu dibantu daripada aspek pendidikan dan pembangunan.

Katanya, hal ini kerana pendidikan dan ilmu pengetahuan berpotensi mengubah kehidupan mereka.

“(Mereka) bukan sahaja (perlu) dibantu daripada sudut kewangan, tapi perlu dibantu juga daripada sudut pendidikan dan pembangunan.

“Kerana dengan ilmu, mereka ini mampu ubah kehidupan mereka,” katanya semasa menghadiri Majlis Pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2021 Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan berjaya mengutip keseluruhan zakat harta dan zakat fitrah sebanyak RM828,670,791.16 bagi tahun lalu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada MAIWP dan PPZ Wilayah Persekutuan atas kejayaan itu.

“Terima kasih kepada para muzakki yang telah menunaikan kewajipan berzakat di PPZ-MAIWP. Insya-Allah setiap sen wang zakat yang ditunaikan akan disalurkan kepada asnaf yang layak dengan telus dan amanah oleh MAIWP,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/1/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah lagi, ini berita gembira dari Putrajaya, hari ini. Bilangan penganggur di Malaysia pada November 2021 menunjukkan trend menurun selepas mencatatkan 694,400 orang berbanding 705,000 orang pada Oktober 2021, menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia.

Bilangan penganggur pada November berkurang bawah 700,000 orang buat pertama kalinya sejak April 2020, menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata kadar pengangguran pada November 2021 adalah 4.3 peratus, tidak berubah berbanding bulan sebelumnya.

Mohd Uzir berkata penduduk bekerja pada November 2021 meningkat 0.4 peratus bulan ke bulan mencatatkan 15.61 juta orang, berbanding 15.55 juta pada Oktober 2021.

Kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2021 terus meningkat kepada 68.9 peratus berbanding 68.8 peratus pada Oktober 2021, dengan bilangan tenaga buruh bertambah sebanyak 0.3 peratus kepada 16.30 juta berbanding 16.26 juta orang pada bulan sebelumnya.

“Kedudukan tenaga buruh pada November 2021 kekal stabil dengan peningkatan guna tenaga yang berterusan dan penurunan dalam bilangan penganggur berikutan pengoperasian semula lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial yang merangsang kesan positif terhadap pasaran buruh,” katanya.

Mohd Uzir berkata nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan keupayaan ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga meningkat 0.2 mata peratus kepada 66.0 peratus pada November 2021 berbanding 65.8 peratus pada Oktober 2021.

“Mengikut sektor ekonomi, guna tenaga dalam sektor perkhidmatan terus mencatatkan trend peningkatan terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit; perkhidmatan makanan & minuman serta pengangkutan & penyimpanan.

 “Trend yang sama turut dilihat dalam sektor pembuatan dan pembinaan manakala guna tenaga dalam sektor pertanian serta perlombongan & pengkuarian terus menurun,” katanya. (sumber BERNAMA)

Mujurlah Malaysia sudah terlepas dari genggaaman PH, yang tidak prihatin rakyat seperti yang ditunjukkan dalam tadbiran buruk 22 bulan itu. Tolak PH alam PRU 15!

Lihat juga

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails