Wednesday, January 12, 2022

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

 

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat. Polis masih sedang menyiasat dakwaan seorang hakim mengaib kehormatan seorang wanita di rumahnya.

Ketua Polis Ampang, Mohamad Farok Eshak berkata Timbalan Pendakwa Raya kembalikan semula kertas siasatan kepada penyiasat untuk mendapatkan maklumat tambahan. FMT tidak menamakan hakim berkenaan sementara menunggu komennya.

Menurut laporan polis yang dilihat FMT, kejadian dikatakan berlaku pada Ogos 2020. Pengadu membuat laporan pada Disember lepas.

Pengadu, seorang wanita berusia 57 tahun, mendakwa hakim berkenaan pada suatu malam Ogos 2020 datang ke rumahnya ketika suaminya terlantar sakit dan mohon dibenarkan menumpang bilik tidur untuk solat.

Pengadu merasakan hakim itu berada terlalu lama dalam bilik dan apabila diperiksa mendapati dia sedang tidur atas katil dalam keadaan bogel. Pengadu mendakwa hakim itu meninggalkan rumahnya pada 3 pagi, dan sebelum pergi sempat mendakwa dia berbogel di bilik berkenaan untuk ‘menguji’ pengadu.

Polis mengesahkan laporan dibuat. FMT Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat.

Lihat juga


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails