Thursday, January 06, 2022

Jenayah kripto mencecah rekod AS$14 bilion pada 2021

 

Jenayah kripto mencecah rekod AS$14 bilion pada 2021. - Foto AGENSI

LONDON: Jenayah membabitkan mata wang kripto mencecah paras tertinggi sebanyak AS$14 bilion (RM58.98 bilion) tahun lalu, kata penyelidik blockchain Chainalysis hari ini, satu rekod yang hadir tatkala pengawal selia meminta lebih banyak kuasa ke atas sektor yang berkembang pesat.

Kripto yang diterima melalui alamat dompet digital yang dikaitkan dengan aktiviti haram termasuk penipuan, pasaran darknet dan perisian tebusan melonjak 80 peratus daripada tahun sebelumnya, kata Chainalysis dalam satu laporan.

Aktiviti ini mewakili hanya 0.15 peratus daripada jumlah urus niaga kripto, yang paling rendah pernah disaksikan.

Jumlah keseluruhan melonjak kepada AS$15.8 trilion (RM66.56 bilion) pada 2021, meningkat lebih lima kali ganda daripada tahun sebelumnya, kata Chainalysis yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Aset digital, daripada bitcoin kepada token, meledak popularitinya pada 2021 di tengah-tengah minat daripada pelabur institusi dan syarikat utama.

Pendatang baru telah tertarik dengan janji keuntungan cepat yang digembar-gemburkan oleh penyokong kripto, serta harapan bahawa bitcoin menawarkan perlindungan terhadap inflasi yang melambung tinggi.

Namun, mata wang kripto masih tertakluk kepada peraturan yang tidak menentu, menyebabkan pelabur mempunyai sedikit jalan keluar terhadap jenayah.

Badan pemantau kewangan dan penggubal dasar dari Washington ke Frankfurt bimbang mengenai penggunaan kripto untuk pengubahan wang haram, dengan beberapa menggesa penggubal undang-undang untuk memberikan mereka kuasa yang lebih besar ke atas industri.

"Penyalahgunaan jenayah terhadap mata wang kripto mewujudkan halangan besar untuk penggunaan berterusan, meningkatkan kemungkinan sekatan dikenakan oleh kerajaan, dan yang paling teruk menganiaya orang yang tidak bersalah di seluruh dunia," kata Chainalysis.

Memacu peningkatan jenayah adalah satu ledakan penipuan dan kecurian di platform kewangan DeFi, katanya.

Platform DeFi - yang menawarkan pinjaman, insurans dan perkhidmatan kewangan lain sambil memintas sistem tradisional seperti bank - telah dibelenggu oleh masalah yang termasuk kecacatan dalam kod asas dan tadbir urus yang tidak jelas.

Keseluruhan kecurian mata wang kripto meningkat lebih lima kali ganda dari 2020, dengan sekitar AS$3.2 bilion (RM13.48 bilion) syiling dicuri tahun lalu.

Sekitar AS$2.2 bilion (RM9.26 bilion) daripada dana tersebut, kira-kira 72 peratus daripada jumlah keseluruhan, telah dicuri daripada platform DeFi.

Penipuan di platform DeFi - seperti "tarik permaidani", di mana pembangun menyediakan peluang pelaburan palsu sebelum hilang dengan wang tunai pelabur - mencecah AS$7.8 bilion (RM32.85 bilion) , lonjakan 82% daripada 2021, kata Chainalysis. - REUTERS

Lihat juga

1 comment:

Anonymous said...

Selamat menyambut tahun Baru 2022 , dan semoga skandal Keluarga Zeti akan di buka pada tahun hadapan tanpa alasan.

Polis DiRaja Malaysia telah umum Siasatan terhadap laporan Polis Singapura dari awal bulan Mac 2021. Laporan dari kerajaan Singapura sampai ke Bank Negara Malaysia dari tahun 2015/2016.

Belum ada khabar berita dan kenyataan “follow up” dari siasatan berkenaan kisah wang milik 1MDB sejumlah RM700 juta masuk kedalam akaun milik suami Bekas Gabenor Bank Negara di Singapura.

Ketika Tun Mahathir jadi Perdana Menteri kerajaan gagal , hampir setiap hari ada pihak muncul beri kenyataan berkenaan kes 1MDB.

Selain mahu bermain persepsi , ia juga bertujuan menanam minda rakyaat bahawa Bossku sudah bersalah dan hanya menunggu hukuman sahaja.

Kini, dengan kuasa tuhan, muncul pula kes dan skandal keluarga Zeti dengan wang “haram” RM700 juta dari Jho Low masuk ke dalam akaun sulit di Singapura.

Apakah kedudukan siasatan sekarang.?Sudah di tahap mana siasatan? Adakah cubaan “cover up” sedang dilakukan?

Ini kerana di yakini, perbicaraan jika di buka akan ‘upsett’ kan kes DSNR dan menjadi “advantage” kepada DSNR atas sebab kenyataan kenyataan mereka yang terbabit dapat di rumuskan mereka berpakat untuk mengenakan DSNR.

Tun Mahathir memberi “hint” dirinya terbabit dan mengetahui banyak dengan langsung tidak berani suruh PDRM segerakan siasatan.

Tidak masuk lojik akal dan fakta jika kes RM42 juta di bank-in oleh pihak lain menjadi kes besar dan mampu penjarakan DSNR, namun sebaliknya, wang sejumlah RM700 juta masuk kedalam akaun peribadi Taufeq Ayman yang dijaga sendiri tidak menjadi kes pula.

Undang undang apa yang mampu penjarakan DSNR tapi tidak mampu penjarakan Suami Zeti atas terima wang dalam akaun nya?

beberapa hari lagi sudah tahun baru 2022, adakah puak pro Mahathir akan harap rakyat melupakan berkenaan skandal ini?

Jika bersungguh sungguh dengan kes DSNR kenapa pula tidak bersungguh sungguh dengan skandal Zeti?

Wang di pulangkan setelah akuan SD keluarga Zeti di tandatangan membuktikan lojik proMahathir hanya bertaraf sampah sahaja, jika ia wang halal berniaga seperti sampah sarap Mahathir jelaskan, kenapa ia perlu di pulangkan?

#kartelkarelakegelisahanAMIN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails