Sunday, January 02, 2022

Nabila jatuh 'terjelepok' nasib baik X berpakaian seksi lucah..

 

Saat menuju ke platform pentas utama untuk menyampaikan lagu Pematah Hati, Nabila jatuh ‘terjelepok’ tanpa disangka di hadapan penonton. - Foto IG Nabila Razali

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Jendela 2021 ditutup dengan insiden mencuit hati dan bercampur malu buat penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila jatuh 'terjelepok' di depan penonton, semalam.

Menjayakan persembahan pada ambang 2022 di Menara Kuala Lumpur, perasaan teruja selepas hampir dua tahun tidak muncul di hadapan peminat berikutan penularan COVID-19 bertukar menjadi 'tragedi' tanpa disangka-sangka.

Saat menuju ke platform pentas utama untuk menyampaikan lagu Pematah Hati, Nabila 'jatuh' 'terjelepok' di hadapan peminat.

Menerusi rakaman yang dimuat naik Nabila dalam laman Instagram (IG) yang tular, pelakon drama Pesan Pada Hati itu dilihat dengan segera mengawal perasaan malu dengan mengucapkan Selamat Tahun Baharu.

"Perkara nak berlaku, memang tak disangka-sangka. Apa yang tak seronok persembahan belum bermula, tetapi saya pula jatuh terduduk di hadapan penonton.

"Bagaimanapun, tidak mengapalah, asalkan persembahan dapat diteruskan. Saya bingkas bangun dan terus selamba menyanyi seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Sakit juga sebab ada sedikit bengkak pada anggota badan. Perasaan malu usah cakap, tetapi saya kena buat selamba, sampaikan tak tahu nak gelak atau menangis," katanya kepada BH Online.

Nabila menambah, kasut tumit tinggi yang dipakai sudah beberapa kali membuatkannya terjatuh.

"Memang kasut ini sudah beri bayangan jangan diguna lagi. Masuk 2022 kena tukar kasut dan buang jauh-jauh.

"Saya pun tak mahu insiden jatuh terduduk ini berulang lagi," katanya.

Penyanyi Peluang Kedua itu berkata, dia tak mengalami kecederaan teruk.

"Hanya terseliuh sedikit sahaja. Apapun saya bersyukur dapat menghabiskan persembahan. Saya menyanyikan lagu Vroom Vroom dan Peluang Kedua.

"Teruja sebenarnya dapat mengadakan persembahan di hadapan khalayak termasuk peminat.

"Syukur dapat menyambut tahun baharu walaupun diuji insiden memalukan," katanya yang baru sahaja muncul dengan single Putus, tahun lalu.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali jatuh 'terjelepok' di pertunjukan depan penonton, semalam. Nasib baik tidak berpakaian seksi lucah, kalau tidak...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails