Friday, January 14, 2022

Zakar mengecil selepas dijangkiti Covid-19

 

Zakar mengecil selepas dijangkiti Covid-19

LONDON – Seorang lelaki mendakwa mengalami masalah zakar mengecil selepas dijangkiti virus Covid-19, lapor akhbar Daily Star semalam.

Berdasarkan sebuah rancangan podcast bertajuk How to Do It, lelaki tersebut mendedahkan bahawa dia berasa terkejut apabila mendapati saiz zakarnya berubah sejurus selepas dibenarkan keluar dari hospital.

“Pada Julai tahun lepas, saya dijangkiti virus Covid-19 dan keadaan saya agak serius.

“Sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital, saya mengalami masalah mati pucuk. Keadaan itu bagaimanapun kembali pulih dengan bantuan ubat-ubatan, namun saya berdepan dengan satu lagi masalah yang kekal.

“Zakar saya mengecil berbanding sebelum dijangkiti Covid-19. Kini, saiznya hilang sebanyak 3.8 sentimeter,” kata lelaki tersebut.

Sementara itu, dalam rancangan podcast yang sama, seorang pakar dijemput bagi memberikan pendapat mengenai masalah itu.

Pengarah Kesihatan Lelaki dan Kolej Urologi Albany, Charles Welliver berkata, keadaan itu boleh dialami akibat kerosakan pada vaskular selepas dijangkiti virus Covid-19.

“Masalah itu sering membuatkan saiz zakar mengecil. Bagaimanapun, terdapat banyak rawatan untuk mengubati keadaan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, satu kajian yang dijalankan oleh Kolej Universiti London mendapati bahawa saiz zakar sememangnya boleh menjadi lebih kecil akibat kerosakan pada saluran darah.

Kajian tersebut mendedahkan kira-kira 200 individu yang dijangkiti virus Covid-19 mengalami simptom zakar mengecil. K Online

Lihat sebelum ini.. Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails