Tuesday, January 11, 2022

Mrs Malaysia World, ini wakil negara umat Islam M'sia, hebaaaat..?

 

Priyadarshimi akan bersaing dengan wakil dari lebih 60 negara untuk merebut gelaran Mrs World 2021. Foto BERNAMA

Priyadarshimi wakili Malaysia buat kali kedua

KUALA LUMPUR: Priyadarshimi MM Pellay Rameash akan mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik Mrs World buat kali kedua.

Mrs Malaysia World™ secara rasmi melantik Priyadarshimi, 26, sebagai Mrs Malaysia World 2021, yang sebelum ini memenangi Mrs Malaysia World 2020 dan berada pada kedudukan 20 terbaik dalam pertandingan Mrs World 2020.

Pengarah Nasional Mrs Malaysia World™ dan Pengarah Urusan Mrs Malaysia World Sdn Bhd™, Datin Harveen Kaur, berkata Priyadarshimi akan bersaing dengan wakil dari lebih 60 negara untuk merebut gelaran Mrs World 2021 di WestGate Las Vegas Resort & Casino di Amerika Syarikat bermula 9 hingga 16 Januari ini.

"Kami di Mrs Malaysia World™ dan Mrs Malaysia World Sdn Bhd™ mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepadanya," katanya.

Mrs Malaysia World Sdn Bhd™ ditubuhkan pada 2018 oleh pakar bius terkemuka, Datuk Dr Kattayat Mohandas di Kuala Lumpur.

Harveen Kaur berkata, Mrs Malaysia World Sdn Bhd™ menerima taraf tanda dagangannya, sekali gus menjadikannya syarikat pertandingan ratu cantik bagi wanita berkahwin, tanpa mengira status, yang pertama diiktiraf di Malaysia.

"Bilangan pertandingan ratu cantik palsu yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia kini sangat membimbangkan, justeru sangat penting bagi sesebuah pertandingan ratu cantik diaudit oleh golongan profesional yang bertauliah dan ketelusan mestilah ditunjukkan dalam semua aspek," katanya.

Beliau berkata, Mrs Malaysia World Sdn Bhd™ bertanggungjawab sepenuhnya dalam menganjurkan acara tahunan Pertandingan Ratu Cantik Mrs Malaysia World dan pertandingan itu adalah satu-satunya pusingan awal rasmi untuk memasuki pertandingan ratu cantik untuk wanita berkahwin pertama di dunia, Mrs World Inc, yang diasaskan mendiang David Marmel pada 1984.

"Kita telah mencipta sejarah pada Mrs World 2019 apabila Kokilam Kathirvailu menjadi rakyat Malaysia pertama menduduki tiga tempat terbaik dalam sejarah Mrs Malaysia World," katanya.

– BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimMrs Malaysia World, ini wakil negara umat Islam M'sia, hebaaaat..? 

Sesuaikah dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam agama bagi Persekutuan Malaysia? Ke arah negara ikut syariat? Mana Islam way of life, agama di sisi Allah!? Mengheret umat Islam ke neraka, takkan tak percaya kepada Hari Akhirat?

Apa sepatutnya sikap umat Islam? Undilah parti Islam dalam PRU 15 akan datang.. Selamat di dunia dan akhirat!

3 comments:

Anonymous said...

Abam nak jadi pm dan pimpin malaysia. Abam sendiri pun x mampu dirinya dipimpin oleh syariah, masakan mampu nak pimpin rakyat ke arah kebaikan. Nanti lagi berkembang judi, arak, lgbt, kahwin sejenis, rasuah, perebutan kuasa, fitnah dan persepsi palsu, janji palsu. Rumah abam pun rm 12 juta. Bukan senang orang politik nak dapat duit banyak tu. Kurang kurang ada rasuah, salah guna kuasa dan sponsorship. Anak murid setia abam pun punya perangai macam abam. Tikam belakang dan lgbt. Ilmu dan minda abam belum bersedia ke arah kebaikan dan amar makruf.

Anonymous said...

Pak Aji....bukan Melayu Isle tu...
Calun dari DAP tu....

Anonymous said...

Kami puas hati!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails