Saturday, August 16, 2014

Exco PAS Nafi Sekongkol Lewatkan Sidang DUN



Exco PAS, Dr Halimah Ali menafikan wujudnya sebarang perbincangan bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi melewatkan sidang Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2014.  
Exco PAS, Dr Halimah Ali menafikan wujudnya sebarang perbincangan bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi melewatkan sidang Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2014.  

Exco PAS, Dr Halimah Ali menafikan beliau dan tiga rakannya berpakat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk sengaja melewatkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.

Mereka didakwa bekas exco DAP Datuk Teng Chang Khim bertindak demikian bagi membenarkan menteri besar Bebas yang dipecat PKR itu untuk terus berkuasa di Selangor sehingga November.

"Tak ada bincang. Kalau dia (Khalid) ada bincang dengan exco lain, itu saya tidak tahu," katanya merujuk kepada tiga exco PAS lain yang juga tidak dipecat Khalid kerana dipercayai menyokongnya.
"Buat masa ini saya hanya jalankan tugas seperti biasa," katanya kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

DUN penggal ketiga dijadualkan bersidang November ini, tetapi PKR dan DAP menggesa sidang DUN tergempar diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan undi tidak percaya dibuat terhadap Khalid.

Semalam, calon pengganti menteri besar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengemukakan bukti sokongan majoriti mudah 30 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak lagi percaya kepada Khalid.

Khalid dalam kenyataan balas berkata, Dr Wan Azizah perlu menunjukkan bukti itu melalui proses undi tidak percaya dalam DUN dan mendapat perkenan Sultan Selangor. Datuk Teng Chang Kim yang juga bekas exco Kerajaan Tempatan, Kajian, dan Penyelidikan, mendakwa Khalid berniat jahat dan sengaja mahu memegang jawatan menteri besar sehingga November.

"Tak perlu tunggu sidang DUN khas. Mengikut 53 (6) Undang-Undang Tubuh Selangor menteri besar perlu meletakkan jawatan sekiranya hilang sokongan majoriti," katanya ketika ditemui pemberita.

Merujuk krisis menteri besar Perak antara Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir lima tahun lalu, Teng berkata ‎peralihan kuasa ketika itu tidak memerlukan persetujuan dalam DUN.

"Perlembagaan Selangor jelas menunjukkan menteri besar hilang sokongan majoriti.
"Dia sepatutnya letak jawatan atau bubarkan DUN," kata Teng.

Sementara itu, Exco PAS Sallehen Mukhyi mengesahkan sidang DUN akan berjalan seperti biasa pada November ini memandangkan tiada perbincangan dengan Khalid untuk meminda persidangan dalam tempoh terdekat.

"Kalau Khalid terbuka jiwa untuk bubar DUN, dia boleh minta kepada Tuanku.
"Kalau Tuanku tak berkenan, dia akan menunggu, maknanya dalam tempoh 6 bulan," katanya.
Beliau juga menegaskan empat exco PAS akan terus kekal sehingga habis penggal pada tahun 2018 atau sehingga ada arahan baru daripada parti yang meminta mereka meletakkan jawatan. – 15 Ogos, 2014. (TMI)

Sila lihat..

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails