Friday, August 15, 2014

'Reben Hitam' Mahu Khalid Undur


Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat seramai kira-kira 15 berhimpun di hadapan bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pagi ini bagi menuntut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan 'Reben Hitam' menuntut agar Khalid agar mengembalikan mandat pentadbiran kepada Pakatan Rakyat.

"Setelah menteri besar bertindak memecat (lima) exco PKR dan DAP, Abdul Khalid bertukar menjadi ADUN bebas Selangor dan bukan lagi Pakatan Rakyat.
"Beliau dipilih Pakatan untuk jadi menteri besar dan kini beliau (ADUN) bebas, oleh itu beliau harus berundur," kata jurucakap kumpulan itu, Ng Yap Hwa.

Mereka membawa reben kecil berwarna hitam dan sepanduk dengan slogan "Umno ketawa rakyat menangis", "Kami undi untuk PR bukan Khalid", dan "Kembalikan demokrasi di Selangor".

Demonstrasi tersebut merupakan sebahagian dari kempen jelajah 'Selamatkan Selangorku', yang digerakkan ke kawasan DUN Pelabuhan Klang yang diwakili Khalid.

Menurut kumpulan tersebut dan mereka akan meneruskan jelajah kempen itu ke kawasan DUN yang diwakili exco PAS.

Kumpulan itu juga berjaya memasuki pintu masuk lobi bangunan SUK dan menampal sehelai kertas bersaiz A4 dengan reben hitam di pintu masuk kaca bangunan itu. (MK)

Sila lihat.. 

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails