Sunday, August 10, 2014

PAS S'gor Sedia Hadapi P'raya Mengejut -Iskandar Abdul Samad

Ramai hadirin di Rumah Terbuka PAS di Taman Melewar di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014 
Ramai hadirin di Rumah Terbuka PAS di Taman Melewar di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014

 Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya akan bersedia bila-bila masa jika berlakunya pilihan raya negeri mengejut ekoran krisis kedudukan menteri besar di negeri itu. Namun beliau optimis krisis itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat tanpa perlu diadakan pilihan raya negeri.

"Saya tidak fikir sampai ke tahap itu, tetapi berada dalam politik kena sentiasa bersedia hadapi pilihan raya," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS Pusat di Taman Melewar di Gombak, hari ini.

Katanya, pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR tidak akan menjejaskan kerja pentadbiran negeri yang akan diteruskan seperti biasa. Iskandar turut menolak dakwaan Exco PAS akan meletakkan jawatan sebagai tanda solidariti kepada Khalid.

"Pentadbiran perlu diteruskan. Tidak adil kepada rakyat jika Exco PAS meletakkan jawatan," katanya yang mengulangi pendirian PAS Selangor selari dengan keputusan Majlis Syura dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – 10 Ogos, 2014. (TMI)

Sila  lihat..  
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

1 comment:

Anonymous said...

Apa lagi tunggu cepat buat pilihanraya supaya kami rakyat dapat beraya dan merasa. Kami tak sabar nak memilih lagi ni. Cepat sikit, tak sabar ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails