Monday, August 11, 2014

Eco World Bhd Diberi ‘keistimewaan’? Ini Jawapan Kepada SU PKR.


rumah mampu milik sept 2012 01













KL, 10 OGOS: Penganugerahan tender kepada Eco World Berhad bagi membangunkan projek perumahan rumah mampu milik di Sungai Sering, Hulu Kelang dilakukan berikutan syarikat terbabit memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidang pembinaan.

Eksekutif Komunikasi Menteri Besar Selangor, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata pemilihan Eco World dibuat melalui proses yang panjang dengan membabitkan lebih lima buah syarikat berpengalaman untuk membangunkan rumah mampu milik.

 Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution bahawa Eco World diberi ‘keistimewaan’ kerana pemiliknya, Tan Sri Rashid Manaf mempunyai hubungan baik dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


“Berlaku perubahan pentadbiran apabila Rashid yang dulunya pengerusi SP Setia kemudiannya menubuhkan Eco World dengan menyaksikan pemindahan kira-kira 80 peratus tenaga mahir dari SP Setia ke syarikatnya.
“Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menilai bahawa projek mampu milik ini boleh diuruskan Eco World kerana kerja mereka yang lebih berkualiti dan cepat berikutan kepakaran dari syarikat SP Setia dibawa masuk ke Eco World.
shaznihqdefault “Justeru kenyataan Saifuddin itu tidak tepat apabila mengatakan ia secara tiba-tiba dianugerahkan kepada Eco World,” katanya pada Forum Krisis Selangor : Khalid Ibrahim belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, semalam.

Saifuddin sebelum ini mendakwa Eco World dianugerahkan projek perumahan mampu milik di Ukay Perdana bagi membina 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah geran Selangorku yang dianggarkan bernilai RM591 juta, pada 25 Mac lalu.
Beliau juga mendakwa, langkah memberikan projek itu juga meragukan kerana pada asalnya sedang dibincangkan dengan syarikat lain. (selangorkini)



Lihat sebelum ini
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails