Saturday, August 16, 2014

Khalid Ibrahim Tidak Tolak Kemungkinan Bubar DUN S'gor



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan bubar Dewan Undangan Negeri untuk selesai krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan bubar Dewan Undangan Negeri untuk selesai krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.
















 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.
Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di Shah Alam, malam ini.

Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan 4 exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Khalid sebagai menteri besar.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1). – Bernama, 15 Ogos, 2014. (TMI)

Sila lihat.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails