Sunday, August 10, 2014

Tunggu Arahan Dari Pemimpin -Tuan Ibrahim Tuan Man







KL: Para pemimpin dan ahli PAS diminta bersabar dan bertenang berhubung tindakan PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pendukung parti perlu menunggu arahan daripada pemimpin utama berhubung perkara itu.

Beliau juga menyeru para pemimpin parti supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Ahli-ahli PAS juga diingatkan agar tidak menyertai jika ada mana-mana himpunan atau demo yang dianjurkan sama ada pihak yang menyokong atau menentang keputusan pemecatan itu," ujarnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, ahli-ahli PAS perlu mengambil iktibar suasana yang pernah berlaku di Kelantan apabila berlaku demonstrasi dalam kalangan anggota parti yang menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berpandangan kemelut yang berlaku itu boleh diselesaikan secara keluarga dalam kalangan pemimpin PKR. - HARAKAHDAILY 9/8/2014

Sila  lihat..

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

3 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Demi kelansungan judi,arak, persundalan, rasuah dan peminggiran Hudud, PAS rela menjadi anjing belaan setia kepada DAP-PKR atas alasan thilaq, wala dan tahaluf siyasi.
Beberapa isyarat buruk perlakuan DAP-PKR telah terlihat kini tapi PAS akan membutakan matahati demi ingin melihat kehancuran Islam di negara ini....!
PAS lebih berminat berpolitik dari jadi pemimpin(khalifah) dinegeri/negara
ini.

Anonymous said...

umno khaliah ke? khalipah setan..

Anonymous said...

Apa dah jadi dgn PAS ni...Ahli parti lai la yg kena pecat... pesal nak sibuk...apa pemimpin nak bagi arahan.... aisseyyyy

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails