Monday, August 11, 2014

Panggil Sidang DUN Tergempar! PKR, DAP Desak Khalid.




  Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menghadiri sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini. DAP dan PKR mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sejauh mana sokongan yang dimilikinya dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 Ogos, 2014. 
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menghadiri sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini. DAP dan PKR mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sejauh mana sokongan yang dimilikinya dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 Ogos, 2014.

PKR dan DAP hari ini mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar.

Kedua-dua parti Pakatan Rakyat (PR) itu berkata kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan adalah meragukan.

"Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti DUN itu adalah meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, hari ini. Sebaliknya, DAP dan PKR mendesak supaya Khalid membuktikan beliau mempunyai sokongan.

"Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperoleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa," kata kenyataan itu lagi.
"Ini termasuklah memanggil sidang DUN untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan beliau mempunyai sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Umno," katanya.

DAP dan PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu. Ia menjadikan DAP dan PKR memiliki 28 Adun menolak Khalid, cuma PAS belum menyatakan pendirian. PAS memiliki 15 Adun di Selangor.

"PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Khalid dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini," katanya.

Walaupun sudah menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka akan menyokong Khalid tetapi ia masih belum dibuktikan, kata kenyataan itu lagi.

"Umno menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka menyokong Khalid seperti mana yang didakwa beliau.
"Jika 12 Adun Umno tidak menyokong Khalid, maka jelaslah beliau mempersembahkan maklumat palsu kepada Tuanku Sultan Selangor," kata kenyataan itu.

Susulan perkembangan terbaru ini, PKR dan DAP berkata akan meneliti langkah terkini bagi menyelesaikan kemelut di negeri Selangor tersebut.

"PKR dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum yang lepas.
"Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan PR terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik."

Khalid dipecat daripada PKR Sabtu lalu selepas usaha mereka mendesaknya berundur gagal. Khalid hari ini berkata masih menteri besar yang sah di Selangor selepas menyakinkan Sultan Selangor beliau memperoleh sokongan majoriti dalam DUN.

Beliau mengadakan pertemuan dengan baginda di istana dan sejurus kemudian mengadakan sidang media menjelaskan statusnya sebagai menteri besar Selangor. Khalid juga mencabar mana-mana exco yang tidak menyokongnya agar meletakkan jawatan. – 11 Ogos, 2014. (TMI)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

3 comments:

Anonymous said...

Satu langkah satu Masa. Pada masa ini tuanku tanya ada sokongan? Khalid kata ada. Lepas ni tugas adun buktikan samada benar atau salah. Mesti ada hitam putih untuk di bawa ke tuanku.

Proses akan berlaku satu persatu supaya kemas.

Khalid faham sangat dan akan 'bermain' dengan hati2.

Satu pukulan maut dijangka akan dilakukan Khalid.

Sementara ini Khalid 3 kali ganda lebih bijak Dari Anwar dan punaisihatnya.

Anonymous said...

DAP & PKR kena checkmate oleh TSKI dan UMNO. Umno (12 Adun) + PAS (15 Adun) + 2 (TSKI & PA)+ 29 ADUN berbanding PKR & DAP = 27. TSKI dpt sokongan majority.

Anonymous said...

DAP & PKR bakal hilang kerusi exco. Pandai2 tupai melompat, katak2pun melompat juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails