
Oleh MUSLIHAH MOHD AMIR
KL: PAS turut bersama-sama melahirkan rasa kepiluan dan kesedihan dalam memperingati setahun peristiwa berdarah pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir oleh rejim As-Sisi di dataran Rabaah Adawiyyah tahun lalu.
Hari
ini, 14 Ogos adalah genap setahun di mana ribuan penyokong Presiden sah
yang diguling tentera, Dr Mohamad Morsi, dibunuh kerana berhimpun
menuntut keadilan terhadap Morsi dan membantah penggulingan kuasa oleh
tentera rejim.Di dataran itulah, ratusan ribu penyokong Morsi berkampung dan berhimpun secara aman menyuarakan bantahan mereka.
Bagaimanapun, tentera rejim menggunakan pendekatan kejam menyuraikan mereka dengan membedil peluru hidup dan menggempur mereka dengan jentera berat seolah olah mereka ini penjenayah.
Dalam serangan berdarah itu, lebih 3,000 penyokong Morsi gugur syahid dan lebih 10,000 lagi cedera.
Mengulas
perkara itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed
Ahmad berkata, seluruh ahli dan penyokong PAS serta seluruh rakyat
Malaysia yang cintakan keadilan wajar untuk memperingati setahun
peristiwa berdarah ini.Menurutnya, PAS juga akan terus memberi sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir serta mendoakan agar mereka terus Istiqamah bagi meneruskan perjuangan dalam menghadapi ujian-ujian yang besar ini.
"Dalam kita membicarakan isu Gaza jangan pula kita melupai doa dan munajat kita bagi saudara kita di Mesir yang sehingga kini terus dizalimi oleh kerajaan rejim As-Sisi, " katanya kepada Harakahdaily.
Bersempena
mengigagati peristiwa berdarah ini, PAS katanya mendesak As-Sisi untuk
membebaskan seluruh tahanan politik bukan sahaja dari kalangan
Al-Ikhawan muslimin bahkan juga dari parti dan NGO yang lain yang
dianggarkan hampir 30,000 yang sedang ditahan."Kita juga mengesa agar diadakan pilihan raya yang bersih dan adil dengan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara mereka.
"Mereka juga perlu membebaskan presiden Morsi dari tahanan penjara serta mengugurkan segala tuduhan ke atas beliau," tegasnya lagi.
Mesir sebagai mana yang diketahui umum kini berhadapan dengan krisis sama ada dari sudut politik, sosial dan ekonomi sepanjang tahun ini. Ketidakstabilan politik juga menyebabkan kekurangan pelancong asing yang datang ke negera itu sekaligus turut menjejaskan ekonomi negara itu.
HARAKAHDAILY 14/8/2014
Penulis adalah pelajar KUIZM yang sedang menjalani latihan amali di Harakahdaily
No comments:
Post a Comment