Wednesday, August 13, 2014

Aril Desak Isteri Berhenti Jadi Pramugari. Wajarkah?

Aril Pilus dan Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin.
Aril Pilus dan Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin.

HALAMAN HIBURAN
Penyanyi Aril Pilus mengakui mendesak isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 28, berhenti kerja sebagai pramugari di Saudi Arabian Airlines di Arab Saudi.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 29, berkata, dia telah memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada isterinya itu. Jelasnya, keputusan tersebut dibuat bagi merancang untuk mendapat cahaya mata pada tahun depan.
"Ini bukan pilihan tapi desakan. Saya bagi tempoh dia bekerja hingga hujung tahun ini dan saya memang mahu anak pada tahun depan.
"Sejak berkahwin kami memang sukar untuk berjumpa kerana dia tinggal di Jeddah dan terpaksa ambil cuti panjang jika ingin pulang ke Malaysia.
"Jadi saya bagi tempoh hingga akhir tahun ini pada isteri supaya dia puas melalui kariernya dahulu dan tidak menyesal selepas berhenti kerja nanti," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Era FM, di Restoran Bora Ombak, di sini baru-baru ini.
Aril berkata, dia tidak menghalang isterinya untuk terus bekerja dalam bidang pernerbangan sama ada sebagai tenaga pengajar atau pramugari sambilan di syarikat penerbangan lain. Ini kerana jelasnya, dia memahami minat mendalam isterinya dalam bidang tersebut yang diceburi hampir enam tahun lalu.
"Saya faham dia sangat taksub dengan kerjaya dia sekarang, dia boleh bercerita tentang enjin kapal terbang dan memiliki pengetahuan tentang industri penerbangan.
"Saya tidak akan halang dia untuk terus terlibat dalam bidang tersebut," ujarnya.
Mengulas tentang insiden pesawat MH370 dan MH17 yang berlaku kepada Malaysian Airline System Berhad (MAS), Aril berkata, dia sedar risiko yang dilalui isterinya ketika bertugas.
"Bukan setakat insiden terhempas malah risikonya lebih tinggi kerana isteri saya bertugas di negara Timur Tengah yang bergolak.
"Saya kini lebih menghormati kerjaya sebagai pramugari kerana tidak semua orang sanggup bekerja dengan risiko yang tinggi setiap hari," katanya.
Dalam pada itu, Aril menegaskan, dia tidak membenarkan isterinya menceburi bidang seni selepas berhenti daripada kerjaya pramugari.
"Dia pernah berlakon dahulu dan kawan-kawan baik dia juga ramai artis, namun saya rasa biar saya seorang sahaja jadi selebriti," ujarnya. - MalaysiaGazette

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

1 comment:

Anonymous said...

Biarlah PAS menerajui Selangor,,, TS Khalid pon akan masok PAS.

Anwar, Azizah dan Rafizi boleh mintak tolong DAP, Lim Guang Eng letak Jawatan supaya PKR Boleh lantik Anwar atau Azizah jadi Ketua Menteri supaya perjuangan ke Putrajaya dapat diteruskan.

Azizah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kita nak tengok aper pendapat Cina2 Penang boleh terima MELAYU jadi Ketua Menteri ke Tidak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails