Saturday, October 30, 2010

Aida Khalida Berkhalwat Dengan Bekas Suami?

HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA 30 okt 10: Pelakon Aida Khalida mengaku bahawa bekas suami, Joe Radzwil tinggal serumah dengannya selepas disahkan bercerai talak satu pada 25 Ogos lalu. Bagaimanapun, Joe telah keluar daripada rumah tersebut kira-kira dua minggu lalu. Adakah kes ini termasuk kes 'khalwat' yang menyalahi undang-undang syariat, yang dia sendiri mengaku?

Menurut Aida seperti dilaporkan mStar Online hari ini, dia terpaksa membiarkan Joe tinggal bersama untuk memberi peluang kepeada bekas suaminya itu mencari rumah baru. "Dah 10 tahun kami bersama, takkan saya tidak berhati perut menghalaunya keluar. Saya memberi tempoh kepada Joe untuk mencari tempat tinggal baru.

"Saya tahu ada beberapa media yang gosipkan tentang kami. Walaupun kami tinggal serumah, saya masih lagi menutup aurat, malah kami tidur belainan bilik.

"Bukankah saya sudah "berhijrah"? Perkara-perkara sebegini sudah semestinya saya titik beratkan.

"Rasanya saya tidak perlu memberitahu semua orang apa yang kami buat di rumah. Orang luar memang suka mengandaikan macam-macam hal, tetapi ia sebagai pengajaran buat kami," jelasnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Aida yang masih dalam tempoh edah, walaupun tinggal bersama, tidak pernah berlaku rujuk atau merancang untuk rujuk semula kerana keputusan (cerai) telah pun dibuat. "Ini semua salah faham. Lagipun, bila saya balik rumah, dia tak ada dan bila dia balik rumah, saya pula yang tiada. masing-masing buat hal sendiri. Ujarnya yang sedang merancang membuka perniagaan sebagai pemborong tudung. (AK)

-----------------------------------------------------------------

Sila lawati E-Perpustakaan IH.....

Rak 1
Rak 2
Akan bertambah lagi e-buku-buku seterusnya.
--------------------------------------------------

2 comments:

cikgupj said...

salam...jom tukar link.http://cikgupj.blogspot.com/
tq.

Anonymous said...

Aida Rahim betul. Dalam tempoh edah, bekas suami dibenarkan tiggal bersama dengan bekas isteri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails