Monday, October 25, 2010

Galas: RM180j, Umpan Baru BN



GUA MUSANG 25 OKT 10: SEMALAM, tiba-tiba Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin janji menabur umpan baru kepada penduduk Galas, apabila mendakwa kerajaan pusat memperuntukkan RM180 juta bagi membina 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Kata beliau rumah itu untuk disewakan dan dijual kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah.

“Projek PPR ini adalah satu nikmat besar kepada rakyat di Gua Musang, kalau nak tunggu kerajaan negeri melaksanakannya, ia adalah sesuatu mustahil, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

“Walaupun kerajaan Pusat membelanjakan RM180 juta bagi membangunkan projek ini, namun paling istimewa rakyat berpeluang memilikinya kelak pada harga kira-kira RM35,000 seunit atau menyewanya pada kadar RM124 sebulan,” katanya ketika melancarkan Projek PPR Gua Musang di Kompleks Sukan Kesedar semalam.

Gimik kerajaan BN itu dianggap banyak pihak sebagai ketinggalan jauh di belakang memandangkan kerajaan negeri sejak lebih 10 tahun lalu menyediakan lebih 1,500 lot rumah di Tanah Putih. Kini Tanah Putih sudah bertukar dari hutan belantara menjadi penempatan tersusun. Isunya sekarang rakyat perlu memiliki tanah untuk membina kediaman sendiri dan bukan lot di atas angin.

Lagi pun tidak ramai yakin kemampuan Muhyiddin untuk menunaikan segala janji tersebut ketika kantung duit kerajaan BN sudah kering. Ada pihak berhujah kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak kini mengharapkan sumbangan dari duit judi Nombor Ekor, Magnun dan apa-apa sahaja bentuk perjudian bagi menampung dana kerajaan.

Kalau sebelum ini keputusan bagi setiap cabutan numbor dibuat sekali sebulan, namun sekarang sampai enam atau tujuh kali dalam tempoh tersebut. Dan setiap cabutan dibuat pengusaha tempat perjudian dapat mengumpul pendapatan sehingga RM7 juta.

Harakahdaily melaporkan, seorang bekas pegawai polis mendakwa tidak ramai yang tahu kepincangan pengurusan kewangan negara di bawah Najib sekarang. “Pemimpin BN hanya menuduh kerajaan Pulau Pinang menggunakan hasil duit judi untuk warga emas, sedangkan sumber pendapatan kerajaan BN diambil dari judi disenyapkan,” katanya.

Mengambil kira banyak kepincangan urus tadbir negara dan kebimbangan Najib kemaraan Pakatan Rakyat menjejak kaki ke Putrajaya pada pilhan raya umum ke-13, bebanan berat sedang dipikul Abdul Aziz di Galas sekarang. Abdul Aziz yang sekadar berpendidikan setakat SPM tidak mampu untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam negara kepada rakyat. Pengundi Galas perlu mengambil kira perkara ini. Pilih pemimpin yang tidak menghiraukan soal dosa dan pahala bakal mengundang bala kepada penduduk Dun Galas.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula Pilihan Raya Kecil (PRK) di Galas yang hanya bersebelahan,

Beliau mengulas kenyataan Timbalan PM yang mengatakan 'Kalau hendak harapkan PAS, seperti menunggu bulan jatuh ke riba' sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di Manek Urai. "Kenyataan ini dikeluarkan untuk menutup kelemahan beliau sewaktu berjanji di pilihanraya kecil Manik Urai."

"InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010," katanya.

"Awas, pengundi Galas. Mu jangan terliur dengan umpan BN, kerana di dalamnya ada mata kail berbisa, yang boleh merobek tekakmu.." kata Tuan Nor Tuan Lembut, anak Kelantan yang ditemui di sini pagi tadi.(AK)

Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails