Sunday, October 24, 2010

Selesai.. Presiden SAPP Calon PR Batu Sapi



KL 23 OKT 10
: Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sabah akhirnya menyaksikan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee (foto), dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat. Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh selepas berakhirnya rundingan tersebut hari ini.

Sebelum ini, timbul desas desus bahawa akan wujud pertandingan tiga penjuru antara PKR-BN-SAPP dalam pilihanraya kawasan iti pada 4 November ini. Ini merupakan penyertaan pertama Yong dalam pilihan raya selepas pembatalan kelayakannya untuk bertanding dalam pilihan raya 2001. Ia ditarik balik pada 2006.

Sebelum ini rundingan antara PKR dan SAPP Khamis lalu gagal mencapai kata sepakat untuk memboleh hanya seorang calon pembangkang bertanding menentang BN di Batu Sapi nanti. Yong Teck Lee juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah di bawah sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Beliau pernah menjadi ADUN Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002.

Beliau berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn (AK)

2 comments:

ahmed said...

Sebelum ini, timbul desas desus bahawa akan wujud pertandingan tiga penjuru antara PKR-BN-SAPP dalam pilihanraya kawasan iti pada 4 November ini. Ini merupakan penyertaan pertama Yong dalam pilihan raya selepas pembatalan kelayakannya untuk bertanding dalam pilihan raya 2001. Ia ditarik balik pada 2006.

ali said...

Sebelum ini rundingan antara PKR dan SAPP Khamis lalu gagal mencapai kata sepakat untuk memboleh hanya seorang calon pembangkang bertanding menentang BN di Batu Sapi nanti. Yong Teck Lee juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah di bawah sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Beliau pernah menjadi ADUN Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails