Thursday, October 28, 2010

ISA Tahan Militan Kumpulan Mujahidin Aceh?

Ustas Abu Bakar Basyir inipun dituduh pengganas..

KL 28 OKT 10
: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan yang boleh menggugat keselamatan negara.

Taufiq Marzuki @ Sulaiman Tarmizi, 29, ditahan polis pada pagi 29 September lalu di Seksyen 27 Shah Alam selepas dipercayai bersembunyi lebih setengah tahun di negara ini. Difahamkan, Taufiq yang masih bujang telah bekerja sebagai pekerja kontrak di kawasan tersebut bagi menyara hidup sepanjang dia berada di negara ini.

Dia dikatakan memasuki negara ini dengan menaiki feri dari Medan, Indonesia. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail berkata, Taufiq yang berasal dari wilayah Acheh dipercayai merupakan anggota sebuah kumpulan militan dikenali Kumpulan Mujahidin Acheh (KMA).

“Taufiq ditahan selepas dia melarikan diri ketika kem latihan KMA diserbu oleh polis Indonesia pada 12 Mac lalu.

“Selepas kejadian itu, Taufiq telah memasuki dan bersembunyi di negara ini sehingga dia ditahan pada 29 September lalu,” katanya. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails