Saturday, October 30, 2010

Pemilihan PKR 2010, Zaid, N/Izzah Dahului Lawan

Zaid dinampakkan menguasai enam dari sembilan cabang yang mengundi hari ini. Zaid dan Naib Presiden Azmin Ali dipercayai berhadapan dengan saingan sengit.

KL, 29 Okt 10: Datuk Zaid Ibrahim mendahului dua calon lain bagi jawatan timbalan presiden pada hari pertama pengundian pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di dua negeri hari ini. Keputusan tidak rasmi menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menguasai enam daripada sembilan cabang yang melangsungkan pengundian di bawah sistem pemilihan langsung yang julung kali diadakan selepas parti itu meminda perlembagaannya tahun lalu.

Kedua-dua Zaid dan Naib Presiden Azmin Ali dipercayai berhadapan dengan saingan sengit. Seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, yang juga naib presiden, berada di kedudukan ketiga. Daripada lapan cabang yang diketahui keputusan pengiraan undi, yang berakhir sekitar 10 malam tadi, Zaid memperoleh 573 undi berbanding 311 undi buat Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak. Daripada lima cabang di Kedah, Zaid memperoleh 282 undi manakala Azmin pula 238 undi.

Sementara itu bagi jawatan naib presiden, daripada 17 calon yang bertanding Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh, Pengarah Strategi Tian Chua, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dikatakan mendahului calon-calon lain.

Sembilan cabang yang mengadakan pengundian hari ini ialah Tumpat, Kota Baru, Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa di Kelantan sementara di Kedah pula Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu.

Baki 59 cabang akan melangsungkan pengundian esok dan lusa, yang bakal mengubah senario dan meningkatkan persaingan bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan. Bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan, daripada enam cabang yang diumumkan keputusan tidak rasmi, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai “Chegubard” mendapat 109 undi berbanding penyandang jawatan Shamsul Iskandar Mohd Akin sekitar 80 undi.

Bagaimanapun Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dikatakan mendahului cabaran jawatan itu. Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengekalkan kedudukannya tanpa cabaran.

Berikut keputusan yang diperoleh setakat ini:

Rantau Panjang
Timbalan Presiden: Azmin Ali (69), Zaid Ibrahim (2), Mustaffa Kamil Ayub (0)
Naib Presiden: Fuziah Salleh (68), Mansor Othman (68), Tian Chua (63), R Sivarasa (61)

Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin (30), Animah Ferrar 0, Suraya Sudin (0)
Timbalan ketua wanita: Rodziah Ismail (30), Asmah Abd Kadir (0)
Naib: Gan Pei Nei (26), Haniza Talha (26), Noor Sham Abu samah (25)

(Seramai 72 daripada 281 anggota hadir mengundi)

Kota Bharu
Timbalan: Zaid Ibrahim (174), Azmin Ali (11), Mustaffa Kamil Ayub (25)

Naib Presiden: Nurul Izzah Anwar (147), N Gobalakrishnan (88), Baru Bian (74),
Jonson Chong (60)

(Seramai 206 daripada 1,935 anggota hadir mengundi)

Pengkalan Chepa
Timbalan presiden: Azmin Ali (14), Zaid Ibrahim (8), Mustaffa Kamil Ayub (1).

(Hanya 23 daripada lebih 300 yang layak, hadir membuang undi)

Rantau Panjang
Ketua AMK: Shamsul Iskandar Md Akin (14), Badrul Hisham Shaharin (0)
Timbalan: Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (14), Chang Lih Kang (0)
Naib: Azmizam Zaman Huri (14), Erveana Ansari Ali (13), V Sivam (13), Abdul Yunus Jamahri (1)

Alor Setar
Timbalan: Zaid Ibrahim (59), Azmin Ali (20), Mustaffa Kamil Ayub (5)

Pokok Sena
Timbalan: Zaid Ibrahim (20), Azmin Ali (2), Mustaffa Kamil Ayub (1)

Naib: Tian Chua (20), Sivarasa (17), Nurul Izzah Anwar (15), Mansor Othman (10), N Gobalakhrisnan (9), Fuziah Salleh (5), Suresh Kumar (3), Baru Bian (1), Xavier Jayakumar (1)

Ketua AMK: Badrul Hisham Shaharin (3), Shamsul Iskandar (0)
Timbalan: Chang Lih Kang (2), Kharul Anuar Ahmad Zainuddin (1)
Naib: Azmizam Zaman Huri (3 undi), S Kesavan (2) dan Lee Khai Loon (2 undi).

Ketua Wanita: Animah Ferrar (1), Suraya Sudin (2), Zuraida Kamarudin (0)
Timbalan: Rodziah Ismail (3), Asmah Abd Kadir (0)
Naib: Gan Pei Nei (3), Haniza Talha (3) dan Salma Ismail (2).

(Hanya 24 daripada 314 yang layak, membuang undi)

(AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails