Saturday, October 23, 2010

Tuduhan Dr Zul Khalwat, PAS Ambil Tindakan Undang2


Dr Zulkefli Mohamed yang dinamakan sebagai calon PAS bertanding pilihan raya kecil kerusi Galas. — Foto Bernama
KL, 23 Okt 10: Umno Gua Musang memberi jaminan tidak akan menggunakan taktik serangan peribadi dalam kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan yang bermula Selasa ini.

“Tiada komen, kita tidak akan serang peribadi,” kata Timbalan Ketua Umno Gua Musang Mat Yusoff Abdul Ghani dengan ringkas mengulas laporan bahawa bakal calon PAS di Galas, Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno, Umno Online, yang melaporkan beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Dalam serangan tidak sampai 24 jam selepas diisytihar sebagai calon PAS-Pakatan Rakyat, Umno Online memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Bagaimanapun Dr Zulkefli yang merupakan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu. Kata Dr Zulkefli, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya manakala isterinya bernama Zainab Jalar.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Gua Musang tengah malam kelmarin. Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008 tetapi tewas. Dr Zulkefli juga pernah bertanding di DUN Paloh sebelum ini. Percubaan kali ini merupakan yang keempat bagi beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan Al-Tantawi pula menyifatkan serangan peribadi oleh Umno Online sebagai “politik desperado” yang mula muncul sempena pilihan raya kecil Galas. “Kenapa cepat sangat fitnah calon PAS di Galas? Apakah politik desperado mula menguasai pentas pertandingan? Bertarunglah tanpa fitnah,” kata beliau dalam mesej menerusi Twitter malam tadi.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun juga menyifatkan serangan ke atas Dr Zulkefli sebagai “fitnah” dan pihaknya bercadang mengambil tindakan undang-undang. “Ini fitnah. Tak ada perkara macam itu, kami sudah periksa di pejabat-pejabat kadi, agama... tak benar,” kata beliau ketika dihubungi.

Kata Fatah, beliau juga sudah berbincang dengan Dr Zulkefli mengenai perkara yang turut menafikannya. “Saya juga sudah berbincang dengan individu (Dr Zulkefli), tak betul, mereka ada pen, ada laptop, buat cerita-cerita macam ini,” katanya lagi.

Tegas beliau, penduduk tempatan tidak akan mempercayai penyiaran berita sedemikian. “Orang sini tak percaya perkara macam ini, mereka sengaja nak sebarkan dakwaan macam ini, orang tak percaya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku ini. (AK)

Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails