Sunday, October 17, 2010

Zainuddin MZ: Tidak Perkosa Penyanyi Dangdut


JAKARTA: Tokoh bergelar Pendakwah Sejuta Umat, Zainuddin MZ, dilaporkan bersumpah dengan nama Tuhan bahawa dia tidak pernah menyentuh, apa lagi memperkosa penyanyi dangdut Indonesia, Aida Saskia.

Kata Hafiz Syahnara, walaupun mengalami tekanan perasaan yang amat serius, Zainuddin memilih untuk tidak membuat sebarang komen. “Setakat ini beliau masih mahu bersabar dan menahan emosi. Kata Zainuddin, diam adalah pilihan terbaik untuknya,” katanya.

Ketika kali pertama mendapat tahu mengenai tuduhan Aida, kata Hafiz, Zainuddin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa dia tidak pernah melakukan perbuatan seperti didakwa penyanyi terbabit. Sebelum ini, Aida dilaporkan bersungguh-sungguh mahu mengheret Zainuddin ke mahkamah dan memenjarakannya kerana enggan mengaku terlanjur satu ketika dulu.

Kata Aida, 26, tuntutan asalnya adalah mahukan Zainuddin meminta maaf dan mengaku salah atas perbuatannya meniduri artis berkenaan. “Saya mempunyai bukti mencukupi bagi menunjukkan dia memang memperkosa saya sembilan tahun lalu,” katanya. - Agensi

Sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails