Thursday, October 21, 2010

Rosmah Perlu Bertaubat & Minta Maaf Kpd Umat Islam



KL, 21 Okt 10: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluluruh umat Islam. Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival. (AK).

Sebelum ini...

8 comments:

Anonymous said...

adakah anda pasti pereka fesyen itu berniat menghina Muhammad?

saya berpendapat ia hanya lakaran fesyen, yg secara kebetulan menyerupai tulisan Muhammad dalam bahasa arab.

sepatutnya, anda menentang idea peragaan muslimah yang bertentangan syara', bukan melihat isu titik bengik yang tiada asas.

sbb itu umat Islam hari ini melihat PAS hanya parti opportunist. isu besar tidak diutarakan. tapi bab cari salah orang lain cukup pandai.

lihat Kelantan, keadaan sosio-ekonomi cukup parah. kemiskinan tegar berleluasa. taraf hidup rakyat tidak berubah sejak puluhan tahun lalu. keperluan asas rakyat kepada air bersih tidak diselesaikan. kes haruan makan anak juga dilaporkan kerap berlaku di negeri tokguru. keadaan infrastuktur asas, termasuk jalanraya, sangat daif. itu belum cakap soal kebersihan bandaraya Islam tokguru, boleh termuntah jika memikirkan.

Apakah bentuk Islam yg ingin ditonjolkan di Kelantan? Saya pasti jika bukan Islam melawat Kelantan, mereka akan menganggap Islam agama 3rd-class, berdasarkan apa yg mereka lihat di negeri tokguru. dan kalau mereka bernasib baik, boleh lihat "tokguru and geng" maki hamun setiap malam atas pentas ceramah parti Islam. Inikah Islam yg PAS ingin tonjolkan?

dari segi politik, PAS tidak mampu memimpin. halatuju PR ditentukan PKR dan DAP. PAS hanya keldai tunggangan. apa jaminan PAS tidak akan terikut rentak PKR dan DAP jika ditakdirkan Allah memerintah negara?

saya bukanlah favor UMNO. tetapi setakat ini, itulah platform terbaik umat Islam bernaung, biarpun banyak kekurangan. walaupun kurang, tetapi lebih baik drpd PAS.

Ali Mahmud said...

Anony di atas, contoh pemikiran karat UMNO yang kuat.

Anonymous said...

Artikel dan tulisan macamnilah yang buat saya menjauhi PAS.

Kalau betul hendak memperjuangkan ISlam jangan lah melulu seperti tuduhan ini.

Guna akal la sikit. Mana la Rosmah nak tau dan perasan. Berdasarkan Artikel sebelum ini gambar atau corak tersebut diperbesarkan. Kalau tidak Dewan Pemuda PAS sendiri pun tak nampak dan tak perasan melainkan mereka hadir ke Majlis tersebut sendiri dan memerhati dada model tersebut lama-lama dan secara dekat dekat. (lol- seronoknya. Tak apa la kot untuk perjuangan PAS la katakan. Semua bersih)

Ataupun tuduahn ini dibuat dari gambar-gambar yang Dewan Pemuda PAs lihat. Ya Allah takkan dari gambar tu sudah cukup untuk membuat tuduhan sebegini. Sudah kah Dewan Pemuda Pas melihat fabrik yang menghina itu sendiri itu sendiri? Sudah kah DPP bertanyakan kepada model dan pereka fesyen itu sendiri samada Rosmah tahu akan corak tersebut?
Adakah lain lain butiran yang boleh membuktikan niat Rosamah ? Butiran secara lansung dan tidak lansung? ( mengatakan "sebab dia Isteri PM dan sebab dia ahli UMNO maka sudah tentu dia JAHAT dan bila JAHAT maka dia sudah tentu dia bersalah menghina Rasulullah" bukanlah satu BUKTI ye....)

Kalau jawapan semuanya TIDAK harap DPP periksalah hati masing masing semuanya.

Menuduh Rosmah berniat jahat terhadap Islam adalah sangat berat. Ini bermakna laporan ini mengatakan Rosmah TAHU dan SENGAJA membenarkan fesyen dan corak yang menghina Rasulullah itu diperagakan. Berat sungguh tuduhan ini. Diharapkan Dewan Pemuda PAS bersedialah membuktikannya akan niat Rosmah seperti yang dituliskan. Kalau tak dapat buktikan bersiap sedialah untuk menjawap di akhirat kelak.

Saya teringat kata kawan saya dia memilih Umno dari Pas kerana mudarat Umno lebih kecil dari PAS. UMNO buat jahat kita boleh nampak dan boleh elak tapi PAS buat jahat susah nak nampak sebab berlindung atas nama ISlam dan TOK guru-tok gurunya.

Saya rasa inilah satu contohnya jahat tak nampak ni. Boleh masuk bawah fitnah. Berjuang untuk Islam konon....

Anonymous said...

Bila Mata Hati sudah diHijab ini lah jadinya

Anonymous said...

Salam...Anonymous..yang komen kat atas tu...

saudara,

mungkin rosmah tak tau pasal fabrik tu ada tulisan..tapi takkan dia tak tau yang model tu tak tutup aurat. takkan dia setuju jer nak rasmi majlis tu tanpa tau majlis tu camana? inikah tahap pemikiran isteri PM?
namanya IFF - ISLAMIC Fashion Festival.....ISLAMIC...apakah semua fesyen2 tu berbentuk ISLAMIC...apa saudara nak jawab kalau seluruh dunia tengok..ooo...macam ni rupanya Fesyen Islam..takder beza lah ngan agama lain....maybe macam2 lagi mereka akan kata...So dimana maruah Islam....???Please lah...cuba buka hati dan minda...ingat Allah...inikah yang seharusnya dibuat oleh pemimpin malaysia..negara Islam tersohor abad ini...??

Anonymous said...

salam..

en Ali Mahmud...

tolong jgn cepat menghukum...en Anonymous ada pendapat beliau...cuba terangkan kepada beliau secara lanjut...dengan berhemah...mungkin dia tak paham..sebab environment dia tak sama dengan anda..tapi beliau juga ada maruah..

komen sepertii ini "Anony di atas, contoh pemikiran karat UMNO yang kuat."
mungkin membuatkan dia makin tak suka dengan PAS. jadi dia tak sempat nak menyelami intipati sebenarnya yang cuba disampaikan...

Anonymous said...

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka MELUKIS nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka. "Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka,"

Kepada anon October 22, 2010 12:13 AM dan lain lain

Cuba baca betul betul pernyataan di atas.

Benar dan jelas aurat boleh dipersoalkan di sini. Benar tetap benar dan Rosmah memang tidak boleh memperkecilkan soal aurat ini.

Masalahnya adakah beliau juga bersalah secara lansung ke atas lukisan nama Rasulullah.?

Sepatutnya DPP mengecam dan menyuruh Rosmah bertaubat kerana permasalahan aurat yang didedahkankan sahaja dan festival tersebut tidak islamik sangat pun.

Ini adalah kerana hendak mengaitkan ROSMAH dengan tulisan nama Rasulullah sebagai TUDUHAN POKOK adalah TIDAK jelas. Tuduhan pokok sepatutnya hanya setakat pendedahan aurat sahaja dan tidak boleh dibaca bersama dengan corak dan fabrik nama Rasulullah.

Adakah DPP cuba mensensasikan lagi kesalahan ROSMAH?

Kalau "YA" adakah sebab tujuan keuntungan Politik? Adakah tujuannya hendak menaikan kemarahan umat Islam di Malaysia ini kerana nama Rasullulah adalah sangat sensitif?

Dan kalau "YA" jawapannya saya terpaksa akur kepada kawan saya yang mana mengatakan sukar untuk melihat kejahatan PAS ini. Sangat halus.

Sukar dan halusnya bagaimana?
Dari pernyataan di atas boleh di simpulkan -

dalam memperjuangkan nilai menutup aurat dalam ISlam sempat juga DPP secara individu dan kolektifnya "memfitnah" Rosmah itu dalam kapsitinya sebagai penaung festival tersebut dengan secara berniat jahat menghina Rasululah secara lansung serta membenarkan, mempunyai pengetahuan jelas dan mempromosikan corak dan fabrik tersebut digunakan.

(saya guna "memfitnah" sebab DPP jelas tidak tahu niat Rosmah tau akan corak fabrik tersebut dan tidak ada pula cubaan untuk membuktikan niat tersebut.")

Saudara anon October 22, 2010 12:13 AM. dan lain lain.

Saya tidak buta dan saya tahu mana betul mana salah di sini. Rosmah boleh dan wajar dikaitan dengan pendedahan aurat tetapi dikaitan dengan nama Rasulullah tersebut adalah tidak wajar samasekali apatah lagi untuk keuntungan politik. Tuduhan sebegini boleh membawa kepada pernyataan seolah seolah Rosmah mencapai tahap menghina Rasulullah secara lansung.

Dan apa hukumnya menghina Rasulullah wahai saudara-saudara sekelian? Saudara semuanya tau.

Riwayat Abu Dawud. (sila periksa semula takut saya tersalah tulis di sini)

"Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya".

Maka tuduhan DPP itu sangat-sangat berat. Apabila tuduhan itu berat maka silalah membuktikannya. Jangan cakap semborono. Kalau tidak bersiap sedialah di akhirat kelak.

Sebagai tribute kepada wartawan KARAM SINGH WALIA (sila baca dengan efek tambahan tapak tangan diangkat sedikit) "Janganlah menjadi alim pelita - di atas terang di atas dibawahnya berjelaga"

Amir Rocky said...

Bak pepatah lama...malu bertanya sesat jalan...sudah terang lagi berduluh..yg haq tetap nya haq..yang batil tetap ianya batil...pokok asas agama bila kita mempermainkan agama itu kita sudah menghina agama itu sendiri. Tidak menekan pada sesuatu aspek..bila kita berkongsi pendapat mengenai anjuran fesyen yg berkaitan islamik..semua yg terlibat harus peka tentang tujuan dan niat dari sudut islam itu sendiri...jadi disini kita menekankan persoalan mengenai keberkesanan sesuatu acara yg diadakan...tidak nengira dari sudut apa jua pemikiran dan pendapat kita tentang majlis tersebut. Pokok asas nya dilihat acara itu tidak membawa sebarang aspek yg membangun untuk islam..ini disebabkan kerana terang2an model2 yg memperagakan pakaian sudah tidak nencerminkan kesucian islam itu sendiri..jadi dipermulaan nya sudah mengikut syariat islam itu sendiri maka keseluruhannya mencacatkan majlis itu sendiri. Disini bukan soal anti rosmah atau yg berbaur politik..tapi disini kita membincang dan menekankan dalam perspektif islam itu adalah agama yg benar2 mengikut segala perintah2 Allah dan Rasulnya...itu lah yg dimaksudkan dgn falsafah sudah terang lagi bersuluh...saya suka mengingatkan pada diri saya sendiri pada semua kita yg mengaku beragama islam dan percaya kepada rukun islam ..rukun iman dan semua yg bersangkut paut dgn perintah Allah s.w.t bahawa tiada alasan atau kompromi dalam menegakan yg haq itu..tetap yg haq!!!...bermaksud isu rosmah tidak tahu tidak wujud dalam perspektif mengenali islam itu sendiri...sedangkan dalam mendaulatkan negara kita...kita sentiasa menwar warkan bahawa kita adalah sebuah negara islam...ini bermaksud dalam kes rosmah...suka atau tidak suka beliau harus memohon maaf pada semua umat islam dinegara mau pun diluar negara tentang apa yg telah berlaku..kita jgn melihat dari sudut kecil atau dlm erti kata lain kita menganggap ini adalah soal pekara remeh....diingatkan bila ia melibatkan soal agama dan islam itu sendiri adalah agama yang suci..agama yg terpelihara..jadi kita sebagai umatnya harus mempertahankannya walhal ia melibatkan parti memerintah hatta pembangkang sekalipun hatta diri kita semua selaku yg mengaku kita ini adalah islam dan mendaulatkan hukum Allah s.w.t....maafkan saya kerana diri saya ini terlalu banyak kekurangan...sesungguhnya saya ini adalah hambanya yg lemah dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan..kerna sesungguhnya segala yg baik itu datang dari Allah yg maha esa...segala kekurangan dan keburukan itu datang dari diri saya sendiri...subhanallah...doa kita semua senoga Allah membuka pintu hati kepada semua pemimpin kita..para isteri mereka dan kepada kita semua yang bersyahadat dengan sumpah kalimah laillahaillah muhammadurrasulullah...amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails