Saturday, October 23, 2010

Calon PAS Galas Bukan Anak Tempatan -UMNO G/Musang

Perlantikan Ku Li ketuai jentera PRK UMNO Galas adalah perangkap membunuh masa depan politiknya?

KL 23 OKT 10: Calon PAS ADUN Galas ini bukan anak tempatan Galas. Kata Timbalan Ketua Umno Gua Musang Mat Yusoff Abdul Ghani dengan ringkas mengulas laporan bahawa bakal calon PAS di Galas, Dr Zulkefli Mohamad.

“Calon PAS yang diumumkan itu akan ditolak oleh pengundi-pengundi di Galas. Kenapa saya cakap begitu? Kerana calon PAS itu bukan anak tempatan yang tinggal di Galas.

“Beliau memang anak tempatan Gua Musang tapi bukan orang Galas. Beliau duduk di Chiku, jarak antara Chiku dan Galas jauh. Kira-kira sejam perjalanan.

“Nanti kalau beliau jadi wakil rakyat macam mana rakyat nak jumpa?

“Jadi wakil rakyat kerja sampai tengah malam. Kalau malam macam mana rakyat nak jumpa? Pengangkutan awam di Galas ini bukannya bagus,” kata Mat Yusoff kepada The Malaysian Insider, yang melaporkan sebentar tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri itu berkata, senario politik sekarang sudah berubah dan ia memihak kepada Umno kerana pengundi di Galas kecewa dengan kerajaan Kelantan yang diperintah PAS.

“Saya pasti calon PAS itu tidak akan dapat sambutan. Saya tidak tahu kenapa PAS pilih beliau (Zulkefli) sedangkan sebelum ini cakap nak pilih anak tempatan.

“Dulu beliau pernah bertanding menentang Tengku Razaleigh ketika pilihan raya umum tapi kalah. “PAS cakap beliau menang undi di Galas, tapi senario sekarang sudah berubah. Ini bukan lagi tahun 2008,” katanya.

Menurut Mat Yusoff, Umno akan mengambil kesempatan mengenai beberapa isu yang gagal disempurnakan kerajaan Kelantan termasuk isu tanah di Galas.

“Lagipun rakyat sudah kecewa dengan PAS, banyak perkara yang gagal diselesaikan kerajaan negeri termasuk isu tanah.

“Kerajaan ambil tanah kemudian buat ladang rakyat. Tanah itu asalnya tanah orang dan ada yang tidak berdaftar tapi kerajaan ambil dengan skala yang besar.

“Ini yang rakyat marah, begitu juga dengan tanah orang asli yang kerajaan rampas. Saya yakin Umno akan merampas kembali DUN Galas,” katanya.

Beliau juga berkata Umno akan memilih calon anak tempatan bagi merampas semula kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS.

“Mengenai calon Umno sudah tentu anak tempatan Galas,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan 4 November ini dan hari penamaan calon ditetapkan pada Selasa ini. Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Che Hashim berjaya merampas DUN Galas - buat julung kali — yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi. (AK)

Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

1 comment:

Anonymous said...

ahli parlimen gua musang tu.....Ku Li,dia anak tempatan ke?....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails