Saturday, October 23, 2010

Hak Melayu, Mesti UMNO Berkuasa. Hak islam?


KL, 23 Okt 10: Datuk Seri Najib Razak menegaskan walaupun hak kepentingan orang Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan, namun kuasa politik perlu berada dalam genggaman Umno supaya ia tidak dicabar oleh mana-mana pihak khususnya Pakatan Rakyat.

Ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Umno 2010, Presiden Umno itu berkata, kepentingan orang Melayu dan Bumiputera akan terus diperjuangkan oleh parti Melayu terbesar itu.

“Kepentingan orang Melayu dan Bumiputera sudah terkunci dan tersimpul rapi dalam Perlembagaan yang tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak tanpa persetujuan Raja-raja Melayu.

“Malah saya tidak nampak Raja-raja Melayu akan meminda Perlembagaan.

“Namun ada juga pihak (pembangkang) yang suka pusing, mereka kata kalau sudah terkunci mati tidak perlu lagi Umno berkuasa kerana ia sudah dijamin dalam Perlembagaan,” kata beliau sambil menambah ia sebagai pandangan yang tidak benar sama sekali.

“Walaupun terkunci rapi, tapi kuasa politik perlu ada di tangan Umno untuk terus memperjuangkan orang Melayu,” kata Najib yang juga Perdana Menteri. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: PM seolah-olah tidak yakin dengan perlembagaan negara, mesti kuasa politik dalam tangan UMNO, baru hak Melayu terbela. Hak Islam?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails