Wednesday, October 20, 2010

Tentera M'sia Ke Afghan, Sokong AS Lawan Taliban?

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud beramah mesra dengan anggota MALCON International Security Assistance Force (ISAF) pada majlis Penghantaran Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia ke Afghanistan di Pangkalan Udara TUDM Subang, Selasa malam.

MALCON ISAF yang dianggotai 40 orang termasuk 10 pegawai membabitkan Pasukan Perubatan, Pasukan Pergigian serta Elemen Keselamatan Am dan Tadbir Logistik yang akan melaksanakan misi kemanusiaan dalam tempoh masa antara enam hingga sembilan bulan. - Foto BERNAMA

KL 20 OKT 10: Bernama melaporkan, seramai 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (MALCON ISAF) berangkat ke Afganistan malam ini, bagi membantu membina serta membangunkan semula negara tersebut.

Kumpulan terdiri daripada empat pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat itu akan menyertai kumpulan terdahulu yang telah berlepas pada 16 Julai. Pemangku Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Rodzali Daud berkata kumpulan itu merupakan yang kedua daripada MALCON ISAF bagi melaksanakan Operasi Interim bantuan dan sokongan nasional ke Afghanistan (Op INSAF).

"Kumpulan ini akan berada di Wilayah Bamyan yang terletak di tengah Afghanistan. Mereka akan berada di sana dalam tempoh enam hingga sembilan bulan dan akan bertugas bersama dengan Pasukan Pembangunan Semula Wilayah dari New Zealand," katanya ketika berucap sebelum melepaskan pasukan itu di Pangkalan Udara TUDM Subang dekat sini, Selasa.

Beliau berkata penugasan MALCON ISAF lebih menjurus kepada bidang perubatan yang kritikal meliputi khidmat kesihatan, pergigian serta bantuan kemasyarakatan dan tidak terlibat dengan sebarang bentuk penugasan kombat.

"Dalam pada itu, ATM turut merancang untuk menghantar lebih ramai doktor dan paramedik lelaki serta wanita, sebagai mengelakkan isu muhrim, aurat dan sebagainya," kata Rodzali.

Beliau berkata MALCON ISAF juga bukan sekadar memenuhi misi kemanusiaan, sebaliknya ia juga mampu mengukuhkan hubungan serta kerjasama antara Malaysia dan Afghanistan.

"Oleh itu, saya menyeru supaya anggota tentera kita dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh jujur, dedikasi serta profesional sepanjang bertugas di sana," katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sokong Amerika Syarikat atau sokong Tsaliban? Belehkah sokong kedua-dua dan lawan kedua-dua?

Sebelum ini...

4 comments:

Anonymous said...

Afghanistan adalah milik Mujahidin Taliban.
Menghantar tentera Malaysia ke Afghanistan adalah seumpama menjadi budak suruhan Amerika kalau bukan pun menjadi anjing Amerika.
Tidak ada janji keselamatan kepada anggota tentera Malaysia bila menyertai pasukan yang menjadi budak suruhan Rumah Putih ini.
Ini adalah kerja bodoh yang meneruskan kerja jahat Bush yang telah bersara dan hidup senang lenang dengan pencen dari cukai umat Islam di Amerika sendiri.
Adakah ini janji Najib pada Obama?
PAS perlu menghantar memorendum dalam parlimen yang membantah penghantaran tentera kita yang beragama Islam dari menjadi bahan experiment penembak tepat dan skuad berani mati Taliban.
Ada banyak lagi kerja yang boleh dilakukan oleh ATM dalam operasi mereka selain menjadi hamba Rumah Putih.

Mejar Azizan Isamail said...

Wahai Insan Budiman, semoga anda dirahmati Allah SWT.Mohon izin untuk menjelaskan. Kami datang ke bumi Afghanistan bukan untuk berpihak kepada mana-mana pihak, sekadar memberi bantuan kepada saudara seagama yang mengharapkan bantuan kepada saudara daripada saudara seugama dengannya. Selepas 3 bulan berada di sini saya telah berkesempatan untuk bertemu dan berbicara dengan rakyat di bumi ini. Semuanya menyatakan rasa terima kasih dan bangga di atas kehadiran kami di sini. Malah mereka mengharapkan negara Islam lain turut datang membantu mereka sepertimana Malaysia lakukan. Melihat kesusahan kehidupan rakyat di sini, terasa sebak untuk di pandang begitu sahaja. Adalah lebih baik anda hulurkan bantuan kepada mereka daripada memberi komen ke atas usaha yang kerajaan Malaysia lakukan. Komenx sedemikian tidak mampu mengubah nasib ataupun kehidupan rakyat di sini yang dihimpit kemiskinan. Sesungguhnya andai dtakdirkan Allah saya mati di sini pun tidak merasa gusar atau menyesal kerana saya telah melakukan sendikit usaha untuk kebaikan saudara seagama saya. Kalau perlukan penjelasan ini email saya, Mejar Azizan Ismail. zulu4823@yahoo.com

Kapt Salfarizal said...

Assalamualaikum saudara yang komen tentang perkara ini. Adakah anda sedar apa yang sedang anda sedang komen? Sepatutnya anda harus merasa bangga dengan penghantaran kami di Afghanistan kerana ini merupakan pengorbanan dari kami demi negara, agama dan bangsa. Adakah anda lupa bahawa mereka di Afghanistan juga adalah seislam dengan kita? ataupun anda mempunyai alasan lain untuk mengutuk kami disini? Kami tidak gentar jika ditakdirkan oleh Allah kami mati demi menyelamatkan nyawa seorang insan yang seagama dengan kita. Segala ketentuan adalah dariNya. Adakah anda merasakan penghantaran kami disini hanya sia-sia sahaja? Jangan hanya berfikiran negatif wahai saudara.

Hemo Hemo's Owner said...

Salam kepd saudara Anonymous..terima kasih atas komen anda yang tidak memberangsangkan itu..janganlah membuat spekulasi yang bukan2 atas niat kerajaan Malaysia menghantar anggota ATM di bumi afghanistan ini..bersyukurlah anda kerana dilahirkan di Malaysia yang aman dan maju..Sebelum membuat komen seperti itu..datang dan rasai sendiri kehidupan rakyat Afghanistan yang mana mereka masih hidup di dalam keadaan yang serba kekurangan tanpa kemudahan..Mereka di sini benar2 mengharapkan kedatangan dan bantuan dari saudara - saudara seislam..dari hanya memberi komen yang menjatuhkan gunakan akal fikiran anda untuk mencari sumber bantuan atau kepakaran yang boleh diberikan kepada penduduk Afghanistan untuk mengubah nasib mereka di sini..kalau anda dapat mendalami perasaan penduduk Afghanistan di sini, pastinye anda tidak akan mengeluarkan komen seperti itu ke unless anda memang buta hati dan perasaan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails