Wednesday, June 22, 2011

Nik Aziz: K'tan Sebuah Makmal Islam.. Apa Itu?


KOTA BHARU, 22 Jun 11: Setelah lebih 21 tahun PAS mentadbir Kelantan, ia amat sesuai jika dijadikan sebagai sebuah ‘makmal Islam’, kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini, katanya kerana pentadbiran yang dilaksanakan adalah berasaskan Al-Quran, hadis, ijmak dan qias.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri himpunan penjawat awam Kompleks Kerajaan Darulnaim, pagi ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, Exco-exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Nik Aziz berkata, kakitangan kerajaan negeri seharusnya mengikut sebaik mungkin dasar kerajaan yang dikeluarkan agar ia dapat memberi keselesaan kepada rakyat negeri ini.

“Tuan-tuan adalah merupakan kakitangan kepada kerajaan yang berasaskan Islam, oleh itu kita semua seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa yang kita laksanakan di pejabat demi kesejahteraan rakyat,” ujar beliau.

Tuan Guru juga menyentuh tentang kelebihan bulan Rejab yang boleh dikatakan semua umat Islam mengetahui peristiwa di akhirat melalui peristiwa Israk Mikraj.

“Bulan ini amat wajar umat Islam membicarakan hal kelebihan perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke langit dalam peristiwa Israk Mikraj.

“Kita diberitahu dengan jelas perkembangan di akhirat, oleh itu kita semua seharusnya mengambil berat hal ini terutamanya dalam melaksanakan tugas yang diberikan kerana ia tetap mendapat balasan di akhirat nanti,” katanya lagi. (IH)

3 comments:

tungkaran hati said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah Negara Islam yang berdaulat bukannya negara kebajikan seperti yang dikehendaki oleh DAP!

Anonymous said...

Mari kita hayati nasihat Nik Aziz. Tapi jangan tiru perbuatannya membiarkan anak menantu menjadi terlalu kaya.

Anonymous said...

kesiankan pas dah jauh terpesong... jauh kemana tu... baca dulu la MAQASID SYARIAH... kaya ker sgt menantu tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails