Tuesday, May 31, 2011

Sah, Salih Yaacob Nikah Isteri Ke 4. Suami Mithali?

SAAT BAHAGIA...Salih bersama isteri keempatnya, Emi.
SAAT BAHAGIA...Salih bersama isteri keempatnya, Emi.

HALAMAN HIBURAN
KL, 31 Mei 11: Pelakon, pelawak dan penyampai radio Salih Yaacob selamat diijab kabul dengan seorang pelajar pengajian tinggi awam Samihah Sheikh Amy di Johor Baru semalam, demikian lapor media tempatan hari ini.

Penyampai radio Sinar FM berusia 49 tahun itu sah menjadi suami kepada Samihah, 25, yang juga dikenali sebagai Emi dengan mas kahwin RM23 menerusi dua kali lafaz di Masjid Kulaijaya.

Laporan Utusan Malaysia dan Berita Harian berkata, dengan mengenakan persalinan pengantin berona perak, kedua-keduanya disatukan oleh kadi daerah Kulaijaya, Fahmi Samad pada pukul 3.50 petang dalam satu majlis yang serba sederhana.

Salih turut memberikan wang hantaran sebanyak RM25,000 kepada keluarga pihak pengantin perempuan. Majlis meraikan kedua-dua mempelai kemudiannya diadakan di sebuah hotel di Taman Abad, Johor Baru malam tadi yang dihadiri kira-kira 180 ahli keluarga pihak pengantin perempuan.

Salih dan Emi yang kini menjadi isteri keempatnya mula berkenalan di Pulau Pangkor, Perak pada November lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat. Salih mempunyai 11 orang anak. Emi merupakan pelajar jurusan pengangkutan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah, suami mithali? (IH)

Thumbnail
0:46Salih Yaacob jadi Nik Aziz

Sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

nak tanya:

l.isteri pertama,kedua,ketiga menikah di mana?
2.apa yang berlaku dalam hidup salih tika dia menikah yang kedua?
3.adakah salih ada dapat kebenaran surat mahkamah menikah pertama,kedua,ketiga,keempat? mahkamah mana?apa alasan-alasan dan sokongan-sokongan.Sebab bolehlah dijadikan panduan kepada suami lain.
4.apakah kriteria pendapatan tetap bulanan yang dikehendaki mahkamah?
5.apakah mudah mahkamah meluluskannya.ceritakan detail prosedurnya.
6. boleh pula tinggal serumah????

Harap salih dapat jawab dengan ikhlas sebelum tempoh 31 nov.2011.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails