Friday, June 03, 2011

Ghazali Hasbdullah Meninggal. Takziah Dr P/Kaset

Catatan Perjalanan KL-Hatyai 2.

MALAM tadi saya berada disebuah daerah Selatan Thai. Saya diberi tahu, sahabat dan guru saya pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam di Hospital Selayang akibat sakit tua.

Mencungkil zaman silamnya, allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun. Dikatakan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.

Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.

Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an, anak-anak, cucu dan cicit. Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq yang didirikan sendiri pada jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa.

Saya pernah terlibat membantu usaha dakwah beliau menerbitkan ceramah-ceramah beliau melalui kaset, di tahun-tahun 80an dulu. Waktu itu ceramah beliau laris macam gorang pisang. Saya guna nama 'Penerbitan Ad-dakwah', seterusnya Gedung Gua dan GG Edar. Hampir puluhan ribu keping tiap bulan, yang hasilnya disumbangkan kepada kegiatan dakwah Darul Atiq beliau.

Teringat, sewaktu beliau ditahan, di penjara, dan dibuang daerah, bagaimana beliau berceramah di kaset dari dalam penjara, diseludup keluar dan dicetak perbanyakkan. Beliau pernah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengedit tiap kaset ceramah beliau yang akan diterbitkkan, supaya selaras dengan keigiatan jamaah-jamaah Islam yang lain, terutama PAS.

Kaset yang paling laris ialah ceramah bertajuk 'Ubat Hati', 'Aurat', Adap Berjiran', 'Musafir' dan lain-lain. Saya juga diberi kepercayaan untuk memilih tajuk kaset-kaset ceramah beliau.

Saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini dan mendoakan rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya. AlFatihah.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Padang Besar - KL
3 Jun 11.

1 comment:

SH said...

Semoga Allah menempatkan Arwah Tuan Guru ditempat mereka yang soleh dan diredhaiNya - http://www.hishamnazir.net/2011/06/abuya-ustaz-ghazali-hasbullah-meninggal.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails