Monday, May 30, 2011

Tuan Ibrahim Mempunyai Ciri-ciri Spt Nik Aziz..

KL, 30 Mei 11: Tuan Ibrahim Tuan Man mempunyai ciri-ciri seperti tok Guru NikAbdul Aziz. Kerana itu maka wajarlah beliau dipilih sebagai timbalan Presiden PAS. Begitu kesimpulan tinjauan Weblog Ibnu Hasyim pagi tadi.

Walaupun Nasharudin Mat Isa tetap akan bertanding mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS hujung minggu ini namun ada kalangan mensifatkan pemilihan kali ini akan memberi laluan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menaiki terus tangga kepimpinan ke jawatan nombor 2 parti.

Kali ini, Nasharudin, 49, berdepan cabaran Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, 50, dan ahli jawatankuasa kerja pusat, Mohamad Sabu, 57, yang mencuba buat kali kedua selepas kecundang pada 2009.

Menurut seorang penyokong dan pemimpin lama PAS sewaktu ditemui di Gombak sebentar tadi berkata, "Mengapa Tuan Ibrahim tiba-tiba membuat 'U-Turn', apabila dia mengumumkan mahu bertanding kerusi nombor 2 tersebut?

"Ada spekulasi mengatakan rombongan pendokong fahaman pemimpin wajib seorang ulama telah menghantar satu kabilah memujuk Tuan Ibrahim Tuan Man masuk bertanding apabila melihat Nasha macam tak kuat kedudukannya.

"Apalagi, bila melihat Tuan Ibrahim mempunyai ciri-ciri ulama zuhud seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ada talian saudara atau anak saudara Tok Guru Nik Aziz pula..."

Beberapa penyokong lain, dan seorang ahli PAS Kawasan Titiwangsa menyimpulkan "Maka sampailah masanya kita membina ulama pelapis baru mengganti kepimpinan tok-tok guru kita.."

Jelas pada mereka, Tuan Ibrahim orang yang amat sesuai sangat...

Kata seorang lagi, "Demi masa depan PAS, saya berseru kepada perwakilan supaya memilih beliau.. Insya Allah!". (IH)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

2 comments:

Anonymous said...

apa yang baiknya Nik Aziz yg boleh dibuat contoh .... eloklah tuan Ibrahim jadi diri dia sendiri ... dia ni dulu pensyarah aku kat universiti ..

nik yusuf said...

Imej Nik Aziz hanya sesuai sbg mursyidul am parti...setakat penasihat ja.
Tuan Ibrahim pun berperwatakan mcm nik aziz...lebih sesuai menjadi penasihat ja.

Jangan nnti orang anggap PAS ni parti yg mengamalkan kronisme...anak bertanding timbalan ketua pemuda...anak saudara bertanding timbalan presiden... asal ada kena mengena dgn nik aziz mesti kena menang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails