Saturday, August 15, 2015

Bekas ADUN DAP Masuk PAS, Akan Wujud GHP DAP?


Setelah terdapat anggotanya menyertai DAP, PAS kini seolah-olah mendapat 'ikan besar' apabila bekas anggota wakil rakyat DAP Perak Sum Cheok Leng menyertai mereka hari ini.

Malah, keputusan itu dibuat sehari selepas beliau dilapor meletakkan jawatan sebagai anggota DAP semalam.

Harakahdaily melaporkan bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bercham itu mengumumkan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di pejabat PAS Perak, dekat Ipoh, hari ini.

"Walaupun saya tidak lagi menjadi wakil rakyat, tetapi masyarakat masih mencari saya minta tolong.
"Saya ditawarkan oleh seorang individu di dalam PAS untuk sertai PAS supaya ada pentas baru untuk berkhidmat kepada masyarakat.
"Saya pertimbang tawaran itu dan akhirnya saya membuat keputusan menyertai PAS," beliau dipetik sebagai berkata.

Penyertaan Sum itu dilihat menjadi tamparan kepada DAP, rakan lama mereka dalam Pakatan Rakyat, yang kini sudah pun terkubur, selepas perselisihan pendirian berpanjangan.

Keadaan politik semasa menyaksikan kemungkinan besar wujud gabungan baru pembangkang antara PKR, DAP dan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB). PAS mungkin terpaksa berdepan pilihan raya umum akan datang secara bersendirian, ketika berdepan dengan BN.

Keadaan itu juga berpotensi mewujudkan lebih banyak pertembungan tiga penjuru yang dilihat pemerhati akan menguntungkan parti pemerintah. (MK)

12 comments:

Anonymous said...

Jangan bimbang, paling lama 2 tahun je.... cuma nak ulang kata2 hadi je.

Anonymous said...

tuan agak2 kenapa dap buang si adun ini? jangan makan diri dah ler!

Anonymous said...

Tuan agak2 kenapa geng kalah muktamar sentap n tubuh ghb seolah2 diri mereka terbuang?? Jgn binasa diri dah ler!

Anonymous said...

Hamba pelik bila org melayu masuk dap n org tionghwa masuk pas mnjadi satu kehairanan oleh rakyatMalaysia.. come on la, kawan kita adalah amngok BE END!!!

Anonymous said...

biarla dia sorang jd dhhp pas. lps ni pas nj kutuk dap pun tersengkang lidah.

satu tamparan buat pas...bkn tamparan pd dap

bat8 said...

Bekas Adun DAP ni sekarang hanya mencari ruang baru dalam PAS setelah dia tidak mempunyai ruang dalam DAP. Ini perkara biasa. Nak kata kemasukan beliau mempunyai nilai politik yg tinggi kpd PAS rasanya tidak.Dia bukan tokoh utama DAP Perak.

Ini adalah satu political stunt yg murah dan tidak setara dgn kemasukan orang melayu ke dlm DAP.

Anonymous said...

Assalamualaikum, pejuang bersedia mengorbankn diri demi perjuangan.
ada pejuang yg sengaja di hantar tuk menyertai musuh,ada juga pejuang yg berada di barisan hadapan tuk menentang musuh.
hanya pejuang terpilih yg bersedia di hantar ke kem musuh....

Anonymous said...

Nak sedapkan hati ker?? Keh keh keh
Manalah tau kan.. Lepas ni akan lebih ramai ahli dap sertai pas.. satu permulaan yg baik utk parti islam pas

Anonymous said...

Mula2 masuk sebagai musuh.. hidayah Allah siapa yg tahu kan?? pengakhiranya mungkin sebagai muslim yg sejati..

Anonymous said...

Satu tindakan yang bermaruah ditampilkan oleh Sum, letak semua jawatan dan keluar DAP sehari sebelum menyertai PAS, tidak kedengaran Sum mengkritik dasar parti pemimpin semasa masih ahli DAP, Sum hanya bersuara supaya Nga Kor Ming jangan terlalu bermewah sebagai pemimpin, itu saja yang meyebabkan Sum dipulau oleh Nga Kor Ming.

Lain ceritanya dengan PAS, golongan yang mengaku progresif (satu tandang), mereka terpekik terlolong mengkritik PAS, memburukkan kepimpinan PAS dan riuh rendah sana sini nak tubuhkan parti harapan baru tapi mereka masih mengaku ahli dan mereka masih berada didalam PAS. Adakah mereka ini bermaruah seperti Sum? Atau itulah yang sepatutnya ditampilkan oleh pemimpin yang menggelar diri mereka Islam progresif? Progresifnya mereka ni.

Anonymous said...

Syabas azli taliban. Pandai juga dia pujuk apek dap tu masok pas. Makna nye dakwah dia ok. Agak nye apek tu dah tk laku dlm dap. Frust. Huhk huk huk

Jo Fredo said...

Amin
Sikit2 lama2 jadi bukit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails