Sunday, August 09, 2015

Basikal Anti-Pencuri Pertama Didunia Berjaya Dicipta Dan Akan Dipasarkan.


JOM KREATIF
Selepas ini bagi pengguna basikal anda mungkin tidak perlu takut lagi dengan kes kehilangan basikal anda apabila basikal anti pencuri ‘unstealable bike’ pertama di dunia akan dikeluarkan dan dijangka akan berada di dalam pasaran tahun ini.

Basikal berkenaan yang direka oleh tiga orang jurutera daripada Chile iaitu Cristobal Cabello, 22, Andres Roi Eggers, 23 and Juan Jose Monsalve, 24 ini direka khas untuk menghalan pencuri daripada mencuri basikal berkenaan.

Penemuan kaedah yang dipraktikkan dalam aspek keselamatan basikal berkenaan adalah penemuan tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Basikal yang diberi nama Yerka ini pada fizikalnya kelihatan sama seperti basikal lain namun sebenarnya batang tengah kerangkanya boleh dipisahkan untuk membolehkan tempat duduk basikal
tersebut dimasukkan ke dalam lubang disediakan untuk dikunci pada tiang.

Menurut pereka basikal berkenaa, ia boleh dikunci dalam hanya tempoh 10 saat tanpa memerlukan kunci tambahan dan aspek keselamatan lain ialah ia disediakan dengan fungsi "bluetooth" untuk membuka mematikan alam seperti alarm kereta.

“Sejurus dikunci, tiada cara boleh dilakukan pencuri untuk membuka basikal itu,” ujar mereka.

Sehingga kini mereka telah menerima lebih 300 tempahan untuk basikal berkenaan yang buat pertama kalinya diumumkan pada November tahun lalu.

Projek berkenaan menelan belanja AS$100,000 (RM387,745) untuk proses penyelidikan dan dana dilapor diterima daripada sebuah yayasan keusahawanan. - Siakapkeli.my




Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails